Atlet memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menempah tiket ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil selepas menjuarai pusingan Olimpik Kejohanan Memanah Asia di Bangkok, pada Ahad.
Pencapaian beliau menambah bilangan atlet negara ke Rio de Janeiro selepas empat penerjun negara iaitu Pandelela Rinong Pamg, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee yang sudah mengesahkan tiket lebih awal.
Pada aksi di final, Khairul Anuar menewaskan pemanah Mongolia, Gantugs Jantsan 6-0 untuk meraih pingat emas.
Kejayaan berkenaan memastikan satu tiket buat Malaysia untuk beraksi dalam acara recurve individu di Brazil pada tahun depan.
Seorang lagi pemanah negara, Haziq Kamaruddin terlepas pingat gangsa apabila tewas kepada pemanah Kazakhstan, Sultan Duzebayev 4-6 dalam penentuan tempat ketiga.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata jika sebelum ini harapan bergantung kepada badminton serta sukan terjun untuk memenangi pingat namun sukan memanah juga dilihat mempunyai potensi.
"Pemanah negara Khairul Anuar Mohamad telah muncul juara kelayakan Olimpik di Kejohanan Memanah Asia di Thailand. Ini memang satu kelayakan yang dinantikan, saya memang menjangkakan dan beliau memang layak...tahniah buat beliau," kata beliau.
Bernama
Sun Nov 08 2015
![Khairul Anuar tempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro Khairul Anuar tempah tiket ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61446995956_memanah.jpg)
Pada aksi di final di Bangkok, Khairul Anuar menewaskan pemanah Mongolia, Gantugs Jantsan 6-0 untuk meraih pingat emas.
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658046379_pemanahkebangsaan.jpg)
Khairul Anuar, Muhamad Zarif berisiko digugurkan daripada Program Podium
Peluang kedua tetap diberikan kepada mereka berdua untuk diserap ke dalam Program Podium, andai menampilkan prestasi terbaik selepas ini.
![Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627694599_Cabaranpemanahnega.jpg)
Tokyo 2020: Panahan 'Perfect 10' atlet Korea singkir Khairul Anuar
Khairul Anuar Mohamad tersingkir daripada pusingan 16 acara recurve individu lelaki.
![Khairul Anuar mara ke pusingan ketiga penuh debaran Khairul Anuar mara ke pusingan ketiga penuh debaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41627449023_Bernama.jpg)
Khairul Anuar mara ke pusingan ketiga penuh debaran
Aksi mendebarkan disajikan di Lapangan Memanah Yumenoshima sebelum jaguh memanah negara, Khairul Anuar Mohamad menempah slot ke pusingan ketiga acara Recurve Individu Lelaki pada Sukan Olimpik Tokyo.
![Tokyo 2020: Singkir wakil Finland, China, Khairul mara ke pusingan 16 Tokyo 2020: Singkir wakil Finland, China, Khairul mara ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627445434_StadiumAstro.jpg)
Tokyo 2020: Singkir wakil Finland, China, Khairul mara ke pusingan 16
Permulaan saingan menyaksikan Khairul masih lagi berusaha mendapatkan rentak panahannya selepas ketinggalan terlebih dahulu 3-1 dalam dua set pertama.
![Olimpik Tokyo: Skuad memanah negara lepasi pusingan kelayakan Olimpik Tokyo: Skuad memanah negara lepasi pusingan kelayakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61627026803_KhairulAnuarMohama.jpg)
Olimpik Tokyo: Skuad memanah negara lepasi pusingan kelayakan
Khairul Anwar meletakkan diri di kedudukan ke-20 dengan catatan 661 mata hasil bidikan di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, Jepun.
![Zii Jia ganti Khairul Anuar sebagai pembawa Jalur Gemilang di Olimpik Tokyo - MOM Zii Jia ganti Khairul Anuar sebagai pembawa Jalur Gemilang di Olimpik Tokyo - MOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625567537_LeeZiiJia.jpg)
Zii Jia ganti Khairul Anuar sebagai pembawa Jalur Gemilang di Olimpik Tokyo - MOM
Lee Zii Jia akan menggantikan jaguh memanah Khairul Anuar Mohamad sebagai pembawa bendera pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo, 23 Julai ini.
![Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624345720_Atletmemanahnegara.jpg)
Trio recurve lelaki negara terkilan tidak dapat tunai impian arwah Haziq
Allahyarham Haziq memasang impian untuk membuat penampilan ketiganya pada temasya di Tokyo bulan depan.
![Trio recurve lelaki negara gagal ke Olimpik Tokyo Trio recurve lelaki negara gagal ke Olimpik Tokyo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81624137830_TRIORECURVELELAKI.jpg)
Trio recurve lelaki negara gagal ke Olimpik Tokyo
Trio negara diketuai Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin tewas 6-2 kepada pasukan Ukraine.
![Memanah Piala Asia: Malaysia raih gangsa acara recurve berpasukan lelaki Memanah Piala Asia: Malaysia raih gangsa acara recurve berpasukan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620429235_KhairulAnuarMohamad.jpg)
Memanah Piala Asia: Malaysia raih gangsa acara recurve berpasukan lelaki
Pasukan memanah negara menamatkan penantian hampir dua tahun untuk meraih pingat pada kejohanan antarabangsa apabila memperoleh gangsa dalam acara recurve berpasukan lelaki di Piala Asia 2021.
![Sukan Olimpik Tokyo: Khairul Anuar mungkin terpaksa tolak jadi pembawa bendera Sukan Olimpik Tokyo: Khairul Anuar mungkin terpaksa tolak jadi pembawa bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41620429235_KhairulAnuarMohamad.jpg)
Sukan Olimpik Tokyo: Khairul Anuar mungkin terpaksa tolak jadi pembawa bendera
Bekas juara Asia itu menjelaskan mengenai dilema yang dihadapinya menjelang temasya sukan terbesar itu dan memberikan sebab mengapa dia mungkin terpaksa melepaskan penghormatan berkenaan.