SIAPA tidak kenal dengan nama Khabib Nurmagomedov terutamanya dalam kalangan penggemar sukan seni bela diri lasak Mixed Martial Arts (MMA).
Nama Khabib Nurmagomedov juga menjadi sebutan ramai terutamanya di negara majoriti penduduk Muslim kerana dia merupakan seorang beragama Islam.
Di sebalik jaguh yang tidak pernah kalah dalam sukan MMA ini, Khabib Nurmagomedov merupakan seorang yang cukup lantang menyuarakan pendapatnya.
Kini beliau sudah bergelar seorang jurulatih dan mula menjadi mentor kepada beberapa muka-muka baharu dalam sukan tersebut.
Terbaharu menerusi sebuah sidang media, suara Khabib sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan padangannya yang tersendiri.
Legenda MMA tersebut menyuarakan pendapatnya tentang apakah keperluan seorang ‘ring girl’ atau gadis gelanggang oktagon dalam perlawanan seni bela diri.
Jelasnya, mereka merupakan orang yang tidak diperlukan di dalam sukan tersebut.
Untuk rekod, sejak kejohanan MMA dilangsungkan tradisi wanita seksi berjalan mengelilingi gelanggang membawa sepanduk pusingan telah diamalkan di serata dunia.
Namun sejak kebelakangan ini budaya tersebut mula dipersoalkan dan ramai menganggap ia sudah ketinggalan zaman.
Dan suara tersebut menjadi semakin jelas dengan lontaran pendapat dinyatakan oleh seseorang yang berpengaruh seperti Khabib Nurmagomedov.
“Lihat, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Gadis oktagon ini paling tidak diperlukan di atas gelanggang.
“Saya ingin tanya, apa fungsi mereka? Anda boleh tunjukkan pusingan kedua di skrin.
"Terdapat orang yang faham seni bela diri dan gadis-gadis ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya.
“Saya juga tak mahu tetapkannya ketika pertarungan anda. Saya fikir anda ada pandangan sendiri.
"Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? Bagaimana?
Apabila ditanya mengenai sejarah, Khabib yang kini mempromosikan Eagle Fighting Championships, berkata: “Saya sedar sejarah itu tetapi sejarah juga buat silap. Ini pandangan peribadi saya.
“Dana White (Presiden UFC) mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib,” jelasnya dengan tegas.
Bagaimana pula dengan pendapay anda? Adakah anda bersependapat dengan jaguh tidak terkalah, Khabib?
*Artikel asal di Maskulin
Maskulin
Thu Aug 26 2021
KHABIB: Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? -Gambar Maskulin
UniMAP rangka Pelan Strategik 2026-2030, sasar penghasilan 37,500 bakat
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sedang merangka Pelan Strategik UniMAP 2026-2030 yang antara lain menyasarkan melahirkan seramai 37,500 bakat menjelang 2030.
UECL: Chelsea belasah Noah tanpa belas kasihan
Chelsea mengekalkan rekod sempurna dalam saingan Liga Persidangan Eropah (UECL) dengan membelasah kelab Armenia, Noah, 8-0.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Pegawai kadet UPNM didakwa cederakan junior guna seterika wap panas
Seorang pegawai kadet UPNM mengaku tidak bersalahatas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Ringgit dibuka pada 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.
Niaga SPOTLIGHT: GLC, GLIC Investments - Transparency and Accountability
Malaysia’s GLICs hold combined AUM valued at over RM1.8 trillion, roughly the size of Malaysia’s nominal GDP
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
Following the enactment of the Audit (amendment) Bill, which took effect on 1st November, the Auditor-General now holds the authority to audit the accounts of 1,856 entities, including GLCs.
If audits uncover just RM1 million in savings per company, the total could reach RM2 billion - resources that can be allocated towards transforming Malaysians’ lives for the better.
NIAGA SPOTLIGHT focuses on transparency and accountability for GLCs and GLICs to identify underperforming entities and improve Malaysia's overall economic landscape.
14,000 penduduk dipindahkan akibat kebakaran hutan di California
Lebih 25 juta orang kini berada di bawah amaran 'Red Flag' kerana keadaan kebakaran yang "melampau dan mengancam nyawa."
Bursa Malaysia rendah sedikit dalam dagangan awal
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.46 mata kepada 1,622.82 daripada 1,623.28 pada Khamis.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
Khabib Nurmagomedov anggap 'ring girl' tidak perlu dalam sukan MMA
Sejak kejohanan MMA dilangsungkan, tradisi wanita seksi berjalan mengelilingi gelanggang membawa sepanduk pusingan telah diamalkan di serata dunia.