Ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim gembira pasukannya tidak melakukan banyak kesilapan dalam laluan menewaskan Kelantan.

Malah ia juga satu peningkatan berbanding aksi yang dipamer ketika menentang Sabah dalam saingan Piala FA Selasa lalu.

“Saya berpuas hati dengan team saya pada malam ini kalau dibandingkan dengan Sabah tempoh hari. Perlawanan pada malam ini, saya merasakan mereka begitu berdisiplin sekali”

Penjaring gol Selangor, Ramez Dayoub juga memuji dengan aksi positif yang dipamerkan rakan sepasukan.

Aksi cemerlang Ramez di benteng pertahanan juga membolehkannya dinobat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Kemenangan itu adalah kemenangan yang keempat buat Selangor dalam saingan Liga musim ini dan memberikan mereka 13 mata selepas enam perlawanan.

Ia juga medan terbaik buat skuad gergasi merah yang dalam persiapan menghadapi saingan Piala AFC menentang East Bengal di Kolkata, 27 Februari.