SEPANYOL 1 SWITZERLAND 1
Kesilapan penjaga gol, David De Gea, membolehkan Switzerland mengikat juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, dalam aksi persahabatan di Estadio de la CerĂ¡mica, awal pagi tadi.
Sepanyol memulakan aksi pemanas badan menjelang Piala Dunia 2018 dengan melayan kunjungan Switzerland untuk pertemuan persahabatan di laman sendiri.
Skuad kendalian Julen Lopetegui mempertaruhkan Iago Aspas, Diego Costa dan David Silva di barisan depan untuk cuba merobek benteng lawan yang diketuai oleh Fabian Schar.
Skuad La Roja hampir membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan setelah gerakan badan Costa memperdayakan pertahanan Switzerland sehingga membolehkan Thiago Alcantara melepaskan rembatan kaki kanan tetapi percubaannya sempat ditepis keluar oleh penjaga gol, Yann Sommer.
Enam minit kemudian, giliran skuad bimbingan Vladimir Petkovic menghadirkan ancaman ke gawang tuan rumah menerusi hantaran lintang Stephan Lichtsteiner, namun usaha daripada penyerang, Haris Seferovic, sempat dinafikan oleh De Gea.
Bagaimanapun, anak-anak buah Lopetegui terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila meledakkan gol pertama perlawanan pada minit ke-29.
Hantaran lambung Silva dari sebelah kiri disambut baik oleh pemain bek kanan, Alvaro Odriozola, yang melepaskan rembatan voli yang tepat menuju ke bahagian kiri gawang lawan untuk menjadikan kedudukan 1-0.
Memasuki babak kedua, Andres Iniesta hampir menambah jaringan Sepanyol selepas enam minit aksi bersambung tetapi percubaan kaki kiri pemain veteran itu sedikit tersasar ke kanan gol.
Sebaliknya, Switzerland yang mengikat kedudukan setelah menggunakan kesempatan hasil daripada kesilapan De Gea.
Penjaga gol Manchester United itu gagal menangkap kemas bola percubaan awal daripada Lichtsteiner, sekaligus membolehkan Ricardo Rodriguez menolak bola masuk untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Kedua-dua pasukan cuba memburu jaringan kemenangan tetapi masing-masing terhad dengan permainan lebih berhati-hati dan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat.
Astro Arena
Mon Jun 04 2018
David de Gea. REUTERS / Fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
EPL: Manchester United capai kesepakatan dengan Inter Milan datangkan Onana
EPL: Manchester United capai kesepakatan dengan Inter Milan datangkan Onana
De Gea ucap selamat tinggal kepada Manchester United
Kontrak pemain berusia 32 tahun itu dengan United tamat pada penghujung Jun, tanpa perjanjian baharu dipersetujui.
United enggan berputus asa dapatkan Hojlund
Red Devils sebelum ini tersentak apabila tawaran mereka bernilai 30 juta pound untuk mendapatkan penyerang itu ditolak.
Manchester United teruskan perbincangan selepas kontrak De Gea tamat tempoh
Pemain veteran Sepanyol itu akan bergelar pemain ejen bebas bermula hari ini.
David de Gea ikrar kebangkitan Manchester United
Hanya seminggu selepas United menamatkan kemarau piala selama enam tahun dengan kejayaan EFL, kekecewaan kali ini cukup berbeza
Hari sempurna buat David de Gea
Gol daripada Marcus Rashford dan Alejandro Garnacho memastikan kemenangan 2-0 barisan kendalian Erik ten Hag itu ke atas Leeds.
Dean Henderson kemudi gawang Manchester United kekang City
De Gea terlepas perlawanan ketika mereka buntu tanpa jaringan di Crystal Palace, kelmarin, yang disifatkan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, sebagai hal "peribadi".
United berhak menang - De Gea
Rekod tanpa kemenangan United di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dilanjutkan kepada perlawanan yang kelima selepas gagal menembusi pertahanan lawan.
Kepa, De Gea perlu belajar daripada Anthony Joshua - Southall
Penjaga gol Manchester United, De Gea, turut melewati beberapa kempen sukar dan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya.
Pertahanan goyah undang kekalahan Manchester United - Neville
Pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer tersebut tumbang 1-3 kepada Crystal Palace di Old Trafford, awal pagi tadi.