KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), mendapati beberapa keputusan pengadil ketika aksi Liga Super di antara Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Selasa lepas, adalah tepat.
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata, jawatankuasa berkenaan telah melakukan penelitian dan berbincang mengenai beberapa insiden penting dalam perlawanan itu selepas menerima laporan penuh daripada Penilai Pengadil.
"Berdasarkan laporan yang dihantar Penilai Pengadil, beliau menyatakan bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil pada perlawanan tersebut adalah betul dan tepat serta tiada sebarang isu atau kesilapan yang dilakukan.
"Laporan tersebut juga telah diteliti bersama oleh Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM yang turut sependapat bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh pengadil berkenaan adalah betul dan tepat tanpa sebarang kesilapan," katanya menerusi kenyataan.
Sebelum ini, sesetengah pihak mempertikaikan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengadil Hamdan Awang pada aksi di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu, terutamanya insiden penalti.
Mengulas mengenai dua insiden yang menjadi pertikaian utama, Noor Azman berkata jawatankuasa tersebut mendapati bahawa, secara jelas keputusan Hamdan pada kedua-dua insiden berkenaan adalah tepat berpandukan kepada Undang-undang Permainan.
Beliau berkata dakwaan bahawa penyerang JDT, Bergson da Silva berkedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol pertama skuad Harimau Selatan pada minit ke-36, bukannya ofsaid kerana semasa hantaran dibuat, pemain import dari Brazil itu tidak berada dalam kedudukan ofsaid.
"Berdasarkan Undang-undang 11 iaitu berkaitan ofsaid, kedudukan sama ada pemain itu ofsaid atau tidak adalah diambil kira ketika bola dimainkan (hantaran dibuat), bukannya semasa pemain menerima bola tersebut.
"Keduanya, mengenai sepakan penalti yang diberikan kepada JDT pada minit ke-57, ia memang keputusan yang tepat kerana berlaku tolakan oleh pemain KDA FC ke atas pemain JDT mengikut Undang-undang 12," jelasnya.
Menurut beliau lagi, walaupun pihaknya tidak menerima sebarang aduan rasmi berkaitan keputusan pengadil daripada KDA setakat ini, pihaknya tetap bertindak secara proaktif untuk meneliti laporan tersebut.
Ia bagi memastikan sama ada keputusan dibuat oleh pengadil itu adalah tepat atau sebaliknya, sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat, katanya.
Pada aksi tersebut, JDT yang telah pun mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut, berjaya bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Kedah 3-1.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 07 2022

Beberapa keputusan pengadil ketika aksi Liga Super di antara Kedah Darul Aman (KDA) FC menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Selasa lepas, adalah tepat. - Bernama

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

Keputusan pengadil ketika aksi JDT-Kedah tepat - FAM
Penelitian dan perbincangan mengenai beberapa insiden penting dalam perlawanan itu dibuat selepas menerima laporan penuh daripada Penilai Pengadil.

Chelsea wajar raih penalti ketika bertemu United - Lampard
Lampard ingin melihat keputusan yang diambil pengadil lebih tepat kerana Liga Perdana menggunakan tafsiran berbeza mengenai peraturan bola terkena tangan bagi saingan Liga Juara-Juara.