SHAH ALAM: Bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik memohon maaf susulan kenyataan berbaur perkauman menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
Guang Yik berkata, dia berasa terdorong untuk berkongsi pendapatnya mengenai keadaan semasa badminton di Malaysia, namun mengakui melampaui batas apabila menyentuh soal kaum dan agama.
"Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak. Sebab saya berkongsi komen itu adalah kerana saya sangat meminati sukan berkenaan.
"Saya rasa saya bertanggungjawab untuk berusaha dan mempertingkatkan sukan dan industri bagi manfaat semua.
"Sebab itu saya kata semua peringkat pengurusan seharusnya dalam keadaan bagus," katanya seperti dipetik laporan media tempatan pada Isnin.
Bagaimanapun, Guang Yi menjelaskan dirinya tidak sepatutnya menyentuh isu perkauman.
"Oleh itu, saya memohon maaf sekali lagi," ujarnya.
Sebelum ini Guan Yik yang kini berada di China mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman menerusi akaun TikToknya.
Pada Isnin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh membidas kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh bekas pemain badminton negara tersebut.
Hannah berkata, hasil semakan yang dibuat Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan Guan Yik hanya merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 dan kini tidak menetap di Malaysia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 13 2023
Bong Guang Yik memohon maaf susulan kenyataan berbaur perkauman menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya. - Sinar Harian
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Natasha cipta sejarah lagi, juarai piala dunia di Hong Kong
Natasha Mohamed Roslan sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong pada Jumaat malam.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas.
PM Puji Pencapaian Luar Biasa Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Majlis Agama perlu manfaat kepakaran pemain industri industri, rancang kewangan industri - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan Majlis Agama Islam di negara ini memanfaatkan kepakaran pemain industri kewangan untuk membantu agensi berkenaan menguruskan aliran perbelanjaan yang lebih cekap.
ASEAN-Malaysia 2025 [2/01/2025]
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Chef Wan mohon maaf, komen gaun Aishwarya Rai hanya gurau
Chef Wan membuat permohonan maaf susulan komen beliau terhadap gaun yang dikenakan bintang tersohor, Aishwarya Rai pada Festival Filem Cannes.
Kenyataan berbaur perkauman: Guang Yik mohon maaf
Bekas pemain badminton negara, Bong Guang Yik memohon maaf susulan kenyataan berbaur perkauman menerusi video yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
Polis ambil keterangan Zul Huzaimy keluar kenyataan berbaur perkauman, ugutan
PDRM masih menunggu laporan daripada SKMM bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Polis buka kertas siasatan kes ahli politik hina atlet badminton
Polis telah membuka kertas siasatan terhadap seorang ahli politik yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.
Kurang sopan! Pengulas sukan digantung tugas kerana Lukaku
Sebuah rancangan sukan di Itali menggantung pegulas jemputannya, Lucianio Passirini, kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.