KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis.
Beliau berkata ia boleh dilakukan dengan mengadakan pelbagai program atau pertandingan sukan di seluruh negeri.
Katanya kerajaan negeri komited memajukan bidang sukan dan dalam Belanjawan Sabah tahun ini sebanyak RM52.02 juta diperuntukkan bagi pembangunan sukan termasuk penyediaan prasarana dan kemudahan.
Menurutnya program pembangunan sukan bukan sahaja disasarkan untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas, tetapi juga ke arah melakar nama negeri pada peringkat antarabangsa dalam bidang itu, selain melahirkan lebih ramai atlet muda di Sabah.
"Ramai atlet muda kita bersaing hingga ke peringkat antarabangsa dan pernah mengharumkan nama negara. Ini termasuklah pelayar negara, Rufina Tan, pemain golf negara Ben Leong dan terkini dua perenang negara Janetty John Fabian serta Loo Yie Bing.
"Kita juga ada atlet yang menang pingat emas di Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini seperti Andre AnuraAnuar dalam acara lompat kijang; Jellson Jabilin akuatik terjun; Fatin Nur Fatehah Mat Salleh memanah dan Natasya Soon berbasikal," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Meraikan Pencapaian Atlet Sabah sempenaTemasya Sukan SEA Ke-31 Hanoi di Menara Kinabalu yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin.
Pada majlis itu, Hajiji menyampaikan replika cek insentif kemenangan berjumlah RM71,450 kepada 23 pemenang pingat dalam temasya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Tonight: Electricity tariff hikes will not burden the majority - PM
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim reaffirmed the government's commitment to shielding most Malaysians from electricity tariff hikes, with higher rates aimed at the ultra-rich and profit-driven industries.
AWANI Tonight: M'sians willing to pay for AI-powered shopping - Lazada
AI is transforming online shopping with personalized tools like chatbots, translations, and visual search. Ángel Ramiro from Lazada Malaysia shares how AI is shaping e-commerce and what's next.
AWANI Ringkas: Jadual tarif elektrik baharu masih dalam proses
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Imigresen tahan 13 gadis pelayan, dua tukang masak asing
Sebanyak 13 gadis pelayan dan dua tukang masak lelaki asing ditahan dalam serbuan yang dijalankan di premis kafe hiburan di sekitar Batu Berendam di sini malam tadi.
Pulau Pinang sesak, tempahan hotel penuh sempena cuti sekolah, Krismas
Pulau Pinang antara destinasi percutian terkenal di Malaysia dan menjadi pilihan terutama ketika musim cuti sekolah dan perayaan.
Ada pemilik perniagaan menentang pelaksanaan dasar gaji progresif - Belia
Alumni TEROKA dan Sekretariat KONGRES Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), Nur Amira Fathiah Azali berkata pemilik perniagaan merupakan cabaran utama kepada pelaksanaan Dasar Gaji Progresif yang diusahakan oleh kerajaan. Jelasnya, cabaran ini berikutan kebimbangan majikan yang mahu memastikan syarikat mempunyai aliran kewangan yang cukup untuk berdepan dengan kemungkinan pandemik berikutnya. #DialogAnakMuda
Hapuskan mentaliti ‘syukur diberi gaji lebih daripada gaji minimum’ - Mahasiswa
Presiden Mahasiswa MADANI, Yuveraaj Pillai berkata gaji permulaan kepada graduan perlu ditetapkan sesuai dengan kemahiran dan nilai yang diberikan oleh graduan terbabit kepada sesebuah syarikat. Jelasnya, bagi memastikan ia dapat direalisasikan, mentaliti terlalu kapitalistik majikan yang tidak mengendahkan kebajikan pekerja perlu dihapuskan. #DialogAnakMuda
Tetapkan dasar lantai kebajikan pekerja gig, biar industri bersaing tawarkan yang lebih baik
Pengurus PEMIMPIN, Tay Tien Sing berkata satu dasar kebajikan pekerja gigi perlu ditetapkan oleh kerajaan untuk membela nasib pekerja-pekerja dalam industri berkenaan. Jelasnya, selepas dasar ini ditetapkan syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan gig ini diharapkan dalam bersaing untuk tawarkan pakej pekerjaan yang lebih baik untuk pekerja-pekerjanya. #DialogAnakMuda
Cari titik tengah bolehkan pekerja sektor formal teroka pekerjaan gig - Belia
Ahli Wakil Sidang Belia Wilayah Persekutuan, Khairun Sofea berkata sukar untuk pekerja sektor formal mencari pendapatan tambahan dalam ekonomi gig kerana terlalu letih bekerja. Oleh itu, titik tengah perlu dicari antara dua sektor ini bagi membolehkan belia bekerja mencari pengalaman dan sumber pendapatan baharu. #DialogAnakMuda
Kementerian Belia dan Sukan Sabah perlu cungkil lebih ramai atlet pelapis - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meminta Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk mencungkil lebih ramai bakat baharu bidang sukan bagi memastikan negeri itu tidak ketandusan atlet pelapis.