SHAH ALAM: Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia tidak mahu lagi berputih mata di tangan Juara Dunia Loh Kean Yew apabila memulakan kempen Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 menentang Singapura, Rabu ini.
Susulan kejayaan Kean Yew memenangi dua perjumpaan terakhir mereka dalam empat pertembungan keseluruhan, Zii Jia mahu menggunakan perlawanan di Pusat Konvensyen Setia City kali ini, sebagai medan kebangkitannya.
Selepas mengharungi musim tidak konsisten sepanjang 2021, juara bertahan All England berusia 23 tahun itu berharap kemenangan ke atas Kean Yew turut dapat meningkatkan keyakinannya untuk musim yang lebih baik selepas keluar daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini.
"Sudah tentu saya mahu membalas dendam, dia pun lawan untuk pertahankan kemenangan. Jadi saya rasa kita dua-dua pun tak mahu kalah kali ini. Pada perlawanan sebelum ini, saya cedera, tetapi sejujurnya, dia main bagus hari itu, kalau tak cedera pun, saya pun tak berapa yakin boleh menang.
Sekarang nampak dia punya permainan lebih mantap dan semakin matang. Kemenangan ke atas beliau amat penting untuk tingkat keyakinan," kata pemain ranking ketujuh dunia itu kepada pemberita selepas latihan rasmi pertama pasukan di sini, pada Ahad.
Mengikut rekod pertemuan, Zii Jia menewaskan Kean Yew pada Cabaran Antarabangsa Smiling Fish 2016 dan Terbuka Fuzhou China 2019, namun gagal mengatasi lawannya sejak zaman remaja pada Terbuka Perancis 2021 dan final Terbuka Hylo 2021 di Jerman, apabila terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Mengulas lanjut, Zii Jia berkata skuad negara tidak boleh memandang rendah cabaran Jepun dan India walaupun mereka tidak menghantar pasuan terkuat, sambil menuntut rakan sepasukan memberikan sepenuh fokus dalam mencapai kedudukan empat teratas bagi mengesahkan tempat ke Piala Thomas di Bangkok, Mei depan.
Ditanya mengenai pemain termuda dalam pasukan, Jacky Kok Jing Hong yang bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan berpasukan, Zii Jia berharap pemain berusia 20 tahun itu mampu belajar sesuatu dan menimba pengalaman pada kejohanan ini.
"Saya memang dah kenal beliau sejak kecil, kami memang dari tempat dan kelab yang sama, iaitu ASRC di Alor Setar. Saya sangat gembira dengan prestasinya sejak kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu, Jacky yang muncul Juara Terbuka Sweden pada bulan lepas, tidak mahu memberikan tekanan buat dirinya dengan memikirkan mengenai status lawannya, sebaliknya bertekad untuk memberikan prestasi terbaik sekiranya diberi peluang untuk beraksi.
"Tanggungjawab dalam pasukan senior memang lebih berat berbanding junior. Namun, saya sedang mencari keyakinan serta belajar daripada senior supaya dapat mencabar lawan yang lebih berpengalaman...tak boleh tergesa-gesa, kena selangkah demi selangkah," katanya.
Skuad negara kali ini turut dibarisi pemain perseorangan Ng Tze Yong, Aidil Sholeh Ali Sadikin, Leong Jun Hao dan Lim Chong King, manakala pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetuai gandingan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam aksi beregu.
Selepas bertemu Singapura pada Rabu, Malaysia akan meneruskan kempen Kumpulan B menentang Kazakhstan pada Khamis dan Jepun pada hari seterusnya, dengan hanya dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 13 2022
Juara bertahan All England berusia 23 tahun itu berharap kemenangan ke atas Kean Yew turut dapat meningkatkan keyakinannya untuk musim yang lebih baik. - Foto fail/Astro ARENA
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
RM10 untuk dapatkan salinan sijil SPM di Program 2TM
Harga asal bagi penggantian sijil SPM ialah RM30 dan 'kadar istimewa' itu hanya berlangsung hingga hari terakhir program pada Ahad ini.
KKDW perkenal konsep Smart Village, perkasa komuniti desa dengan teknologi moden
Projek rintis 'Smart Village' KKDW akan diadakan di tiga kampung yang memenangi Anugerah Desa MADANI (ADM) 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Skim galakan guna motosikal elektrik MARiiCas hampir capai sasaran 2024 - MARii
Inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) terbukti mendapat sambutan dan hampir mencapai sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.