KETUA Jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui berdepan masalah dalam memilih kesebelasan terbaik untuk diturunkan bagi mengharungi cabaran getir dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), bulan depan.
Cheng Hoe menjelaskan selain pemain sudah lama tidak mempunyai aksi kompetitif antarabangsa, faktor lain seperti tahap kecergasan dan momentum persembahan dimiliki setiap anak buahnya turut diberi perhatian dalam menentukan barisan terbaik.
Skuad negara mengadakan aksi pemanas badan menentang Kuwait malam tadi dan Bahrain pada 28 Mei ini.
“Kita masih mencari kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang, namun sudah semestinya dengan beberapa kombinasi malam ini saya rasa sedikit sebanyak dapat gambaran mengenai kesebelasan utama menentang UAE nanti,” katanya dalam sidang media secara dalam talian semalam.
Selepas beberapa siri latihan dijalankan, Cheng Hoe dilihat gembira dengan komitmen diberikan para pemain dan seterusnya percaya ia sedikit sebanyak dapat memberi keyakinan kepada mereka untuk turun beraksi pada perlawanan akan datang.
Beliau juga memberi jaminan bahawa kesemua 25 pemain dalam skuad akan diberi peluang untuk beraksi dalam dua perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain bagi mendapatkan rentak permainan dan membantunya merencana kombinasi terbaik bagi menghadapi cabaran sebenar dalam saingan kelayakan.
Bekas jurulatih Kedah itu juga yakin muka baharu yang dipanggil menyertai skuad kebangsaan seperti Liridon Krasniqi (Newcastle Jets), Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), serta dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Guilherme De Paula dan Arif Aiman Mohd Hanapi mampu mencapai keserasian bersama muka lama dan berharap reaksi positif dapat dicapai pada dua aksi pemanas badan itu sebelum kempen kelayakan menentang UAE pada 3 Jun.
Mengulas mengenai pertembungan dengan Kuwait, beliau menuntut pemain untuk menggunakan kelebihan dari segi kepantasan selain teknik dan kemahiran yang ada dalam usaha memerangkap pasukan dari Asia Barat itu.
“Kita tahu pasukan dari Asia Barat mempunyai kekuatan dari segi fizikal dan diharap pemain dapat memberi cabaran kepada skuad lawan selain mengingatkan mereka agar tidak terlalu ghairah ketika beraksi dalam dua perlawanan persahabatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan,” tambahnya.
Selepas menentang UAE, Malaysia akan menghadapi baki perlawanan kelayakan Kumpulan G dengan berdepan Vietnam pada 11 Jun dan Thailand pada 15 Jun.
Astro Arena
Sun May 23 2021
![Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Cheng Hoe 'sakit kepala' pilih kesebelasan utama Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Cheng Hoe 'sakit kepala' pilih kesebelasan utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621803788_KelayakanPialaDun.jpg)
Dengan beberapa kombinasi malam tadi, Cheng Hoe berkata, sedikit sebanyak mendapat gambaran mengenai kesebelasan utama menentang UAE nanti. - Foto Astro ARENA
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461803_WestNileVirus.jpg)
Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat
Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.
![Bukan sekadar sakit kepala: Fahami dan tangani migrain Bukan sekadar sakit kepala: Fahami dan tangani migrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-06/51466512564_Migraine.jpg)
Bukan sekadar sakit kepala: Fahami dan tangani migrain
Ia bagi memberikan pandangan yang lebih praktikal sekali gus membolehkan keadaan itu diurus dengan berkesan.
![Kerap sakit kepala, rupanya cacing pita bertelur dalam otak Kerap sakit kepala, rupanya cacing pita bertelur dalam otak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710723617_TBsakitkepalajp.jpg)
Kerap sakit kepala, rupanya cacing pita bertelur dalam otak
Doktor yang melakukan imbasan mendapati sejumlah telur cacing pita 'bersarang' dalam otaknya.
![Skim Perubatan MADANI akan diperluas Skim Perubatan MADANI akan diperluas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691548080_SKIMPERUBATANMADAN.jpg)
Skim Perubatan MADANI akan diperluas
Pelaksanaan rintis Skim Perubatan MADANI akan diperluaskan bagi memastikan lebih ramai menerima rawatan kesihatan secara percuma di klinik perubatan swasta yang berdaftar.
![Singapura sahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika Singapura sahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/71518212689_Zika.jpg)
Singapura sahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika
Singapura mengesahkan tiga kes tempatan jangkitan virus Zika dengan semua kes melibatkan sama ada mereka yang tinggal atau bekerja di Kovan, kawasan yang terletak di bandar Hougang.
![Sakit kepala dan migrain kronik: Bila anda perlu risau? Sakit kepala dan migrain kronik: Bila anda perlu risau?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81555739061_sakitkepala.jpg)
Sakit kepala dan migrain kronik: Bila anda perlu risau?
Sakit kepala tegang dan migrain boleh bertukar menjadi sakit kepala kronik.
![Bahaya tarik rambut sampai 'meletup'! Bukan legakan sakit kepala, tapi... - Dr Wan Bahaya tarik rambut sampai 'meletup'! Bukan legakan sakit kepala, tapi... - Dr Wan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653691523_Rambutguguriklan.jpg)
Bahaya tarik rambut sampai 'meletup'! Bukan legakan sakit kepala, tapi... - Dr Wan
Dr Wan menjelaskan, bunyi pop yang didengar adalah bunyi lapisan Galea iaitu lapisan bawah kulit kepala yang ditarik daripada tengkorak.
![Demi kesihatan, jangan sayang nak tukar bantal baharu Demi kesihatan, jangan sayang nak tukar bantal baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81653195498_TBTIDURBANTAL.jpg)
Demi kesihatan, jangan sayang nak tukar bantal baharu
Kebiasaannya, tempoh luput bantal adalah dua bulan. Namun ia juga bergantung kepada beberapa ciri-ciri fizikal yang lain.
![Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81645746655_Bekalanparasetamol.jpg)
Bekalan parasetamol berkurangan di Pahang
Ia dikatakan berpunca daripada peningkatan pembelian sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan.
![Jenis sakit kepala dan apa anda perlu lakukan untuk kurangkan rasa sakit Jenis sakit kepala dan apa anda perlu lakukan untuk kurangkan rasa sakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635560335_sakitkepala.jpg)
Jenis sakit kepala dan apa anda perlu lakukan untuk kurangkan rasa sakit
Ada 150 Jenis Sakit Kepala & Nak Kurangkan Rasa Sakit, Ada Aktiviti Tertentu Perlu Elak!