Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap kurang yakin apabila hanya mengharapkan skuad senior kebangsaan meraih sekurang-kurangnya keputusan seri pada perlawanan pertama menentang Qatar di Doha, malam esok.

Namun, Azzuddin menegaskan aksi kelayakan itu akan menjadi petunjuk prestasi utama KPI buat ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal bersama pasukan kebangsaan.

Lantaran itu, ia jadi medan penting buat Rajagobal bagi memastikan kedudukannya sebagai jurulatih kebangsaan tidak tergugat.

Harimau Malaya berkunjung ke Qatar tanpa beberapa pemain utama akibat kecederaan antaranya Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha.

Pemain tonggak lain yang turut terlepas aksi menentang Qatar termasuk Wan Zack Haikal Wan Noor, Gary Steven Robbat dan Kapten Safiq Rahim yang menjalani penggantungan perlawanan.

Pada aksi pemanas badan tempoh hari, Malaysia tumpas 0-3 dengan Iraq.