KUALA LUMPUR: Skuad Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) yang beraksi di Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-23 di Phnom Penh, Kemboja merupakan sebuah pasukan campuran daripada kumpulan 50 pemain di dalam kategori umur dikenal pasti oleh ketua jurulatih pasukan Brad Maloney sepanjang 2021.
Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Scott O'Donell berkata oleh kerana pengaturan masa kejohanan itu, adalah dipersetujui objektif pasukan adalah untuk memilih sejumlah pemain yang tidak pernah diberi peluang untuk bermain di sesebuah kejohanan antarabangsa.
"Kami mengambil kira bahawa kebanyakan pemain daripada kategori umur yang beraksi dalam pasukan Liga Super dan Liga Premier tidak mendapat pelepasan daripada pasukan masing-masing kerana kejohanan itu adalah di luar jendela FIFA," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
O'Donell berkata daripada skuad yang mara ke Kejohanan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2022 di Uzbekhistan Jun depan berikutan kejayaan mereka dalam pusingan kelayakan Oktober lepas, Maloney memilih sejumlah pemain kesebelasan utama termasuk Harith Haiqal Adam Afkar, Azrin Afiq Rusmini dan Nur Azfar Fikri Azhar.
Kumpulan 50 pemain yang dikenal pasti termasuk pemain pilihan utama seperti Arif Aiman Hanapi, Luqman Hakim Shamsudin, Mukhairi Ajmal Mahadi, Ramadhan Saifullah, Danial Asri, Sharul Nazeem Zulpakar, Quentin Cheng, Nathaniel Shio Hong Wan, Azri Abdul Ghani dan Rahadiazli Rahalim.
Bagaimanapun, O'Donell berkata pemain muda yang masih ada untuk pemilihan ke Uzbekhistan bergantung kepada perbincangan lanjut Maloney dengan Ketua Jurulatih Skuad Senior Kim Pan Gon yang akan membimbing Harimau Malaya ke pusingan kelayakan Piala Asia 2023.
Menurut beliau daripada nama yang disebutkan sebelum ini, Arif Aiman, Luqman, Mukhairi, Ramadhan dan Akhyar merupakan pemain skuad senior yang beraksi di peringkat antarabangsa.
Pada masa sama ketika membuat penilaian ke atas penyingkiran skuad negara daripada kejohanan itu berikutan dua kekalahan di Laos dalam peringkat kumpulan, O'Donell berkata pasukan itu menguasai permainan dalam perlawanan pertama tetapi hilang tumpuan di kawasan padang berhampiran gawang lawan.
"Oleh kerana itu adalah penting untuk menguji pemain di peringkat antarabangsa dan keadaan COVID-19 tidak banyak membantu," katanya.
Untuk rekod, skuad B-23 negara tewas 0-2 kepada Laos di dalam perlawanan akhir Kumpulan B di Stadium Morodok Techo malam semalam dan gagal melayakkan diri ke separuh akhir.
Ia merupakan kemenangan kedua Laos ke atas Malaysia dalam peringkat kumpulan dengan mengutip tiga mara dengan kemenangan 2-1 dalam perlawanan pembukaan di Stadium Prince, Jumaat lepas.
Perlawanan Kumpulan B hanya melibatkan Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan itu berikutan jangkitan COVID-19 pada pasukan mereka dan hanya tiga juara kumpulan dengan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 22 2022

O'Donell berkata, adalah dipersetujui objektif pasukan adalah untuk memilih sejumlah pemain yang tidak pernah diberi peluang untuk bermain di sesebuah kejohanan antarabangsa. - Gambar fail/ Bernama

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Cari punca pasukan belasahan boleh atasi Malaysia - Faizal Azumu
FAM perlu mengkaji bagaimana pasukan yang sebelum ini kurang menyerlah dalam arena bola sepak Asia Tenggara, boleh mengejutkan Malaysia kali ini.

Tampilkan aksi terbaik sebagai juara bertahan di final - Hamidin
Hamidin berharap semangat juang tinggi ditampilkan skuad muda negara sepanjang kempen itu diteruskan, sekali gus melakar sejarah merangkul kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.