Kejohanan Golf BDB Masters 2016 tampil dengan suatu kelainan apabila turut berlangsungnya perlawanan golf amal melibatkan 40 orang pemain.
Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata sebagai permulaan, RM50,000 akan disumbangkan kepada empat pertubuhan kebajikan di sekitar Kedah.
"Pemilihan penerima sumbangan itu dibuat hasil daripada perbincangan dengan Exco Kebajikan Masyarakat Kedah, Datuk Suraya Yaacob," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Perlawanan golf amal itu akan berlangsung pada hari terakhir kejohahanan tiga hari itu yang bakal diadakan di Darulaman Golf & Country Club (DGCC) Jitra bermula esok.
"Sasaran yang diletakkan untuk kejohanan pada kali ini ialah seramai 100 pemain dan kita semakin hampir mencapai sasaran tersebut.
"Sambutan memberangsangkan terhadap pertandingan ini membuktikan BDB Masters bukan sahaja dikenali dan diiktiraf oleh pemain golf di negeri Kedah sahaja malah di seluruh negara," katanya.
BDB Masters 2016 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM900,000 termasuk sebuah rumah banglo bernilai RM800,000 untuk pemain pertama yang berjaya melakukan pukulan Hole-in-One.
Kejohanan golf ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Nett dan Gross selari dengan Sistem Handicap Kebangsaan (NHS) dan seramai 30 pemain yang berjaya mengharungi peringkat kelayakan pada dua hari pertama akan bertanding di hari terakhir.
Astro Awani
Thu Dec 08 2016
IZHAM: Kejohanan tampil dengan suatu kelainan apabila turut berlangsungnya perlawanan golf amal melibatkan 40 orang pemain. - Gambar fail
Kebanyakan yang terlibat dalam sambutan Krismas di KPKT adalah bukan Muslim
Kebanyakan petugas KPKT yang terlibat dalam sambutan di Krismas di bangunan kementerian itu di Putrajaya baru-baru ini sebagaimana yang ditularkan, adalah mereka yang beragama Kristian.
AWANI Ringkas: Tarif elektrik: Kenaikan tidak bebankan rakyat - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar ucap takziah kepada keluarga Manmohan Singh, anggap mendiang sahabat sejati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas perdana menteri India mendiang Dr Manmohan Singh yang meninggal dunia malam Khamis sebagai seorang "sahabat yang amat disayangi".
Rusia tolak dakwaan tembak pesawat Azerbaijan Airlines
Rusia menolak spekulasi bahawa pertahanan udaranya menjadi punca pesawat penumpang Azerbaijan Airlines terhempas berhampiran bandar Aktau, Kazakhstan yang mengorbankan 38 nyawa.
Israel nekad hapuskan pemimpin dan ahli kumpulan Houthi
Perdana Menteri Israel menegaskan pihaknya akan terus memburu semua pemimpin dan ahli kumpulan Houthi di Yaman sebagai balasan mengganggu keamanan dan ketenteraman negara haram Israel.
Pejuang Houthi didakwa lancar peluru berpandu ke arah Israel
Pejuang Houthi bertindak melancarkan peluru berpandu dari Yaman ke arah Israel. Bagaimanapun Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mendakwa pihaknya berjaya memintas peluru berpandu tersebut.
Kerajaan tidak benarkan kenaikan tarif elektrik yang jejaskan orang ramai - PM Anwar
Kerajaan tidak membenarkan kenaikan tarif elektrik yang menjejaskan orang ramai, justeru meminta Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi penjelasan berhubung perkara itu.
Serangan Israel ke atas Yaman hanya tingkatkan ketegangan
Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas Yaman.
Enam terkorban dalam serangan Israel ke atas Yaman
Enam dilaporkan maut setakat ini akibat serangan rejim Zionis ke atas beberapa fasiliti yang dikaitkan dengan pejuang Houthi di Yaman. Agensi Berita Saba yang dikawal Houthi melaporkan tiga terbunuh dalam serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa dan tiga lagi terbunuh di Hodeidah.
Parti Demokratik akan teruskan usul pemecatan Han Duck Soo
Pemimpin Parti Pembangkang Utama Korea Selatan, Parti Demokratik (DP) menegaskan pihaknya akan meneruskan usul pemecatan terhadap Perdana Menteri dan Pemangku Presiden Han Duck Soo.
Pengarah Urusan Kumpulan BDB Datuk Izham Yusoff meninggal dunia
Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff, disahkan meninggal dunia di Hospital Pantai pada jam 8.04 pagi tadi.
Kejohanan Golf BDB Masters 2016 sumbang RM50,000 ke rumah kebajikan
Kejohanan Golf BDB Masters 2016 tampil dengan suatu kelainan apabila turut berlangsungnya perlawanan golf amal melibatkan 40 orang pemain.
BDB harap kerajaan percepat proses rumah mampu milik
BDB berharap kerajaan mempercepatkan usaha menyediakan rumah mampu milik kepada pasaran dalam Bajet 2017.