Malaysia akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung masalah teknikal pada papan mata elektronik (scoreboard) ketika pertemuan antara beregu campuran negara, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing dan Tang Jinhua-Tao Jiaming dari China pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013, di sini semalam.
Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu tersebut, jurulatih beregu campuran negara, Jeremy Gan berkata masalah tersebut telah menyebabkan pasangan negara hilang fokus dan terpaksa akur kepada gandingan tuan rumah itu.
"Saya sudah menganalisa rakaman video. Mata yang diperoleh pemain kita terhenti sedangkan pemain kita mengira sendiri mata tersebut. Sebenarnya kedudukan pada set pertama terikat 20-20. Kedudukan itu (20-20) adalah mata amat penting.
"Tetapi apabila pengadil menyatakan kedudukan 19-20, pemain kita tertekan dan kecewa menyebabkan mereka kalah pada set pertama. Pada set kedua, mereka terus hilang fokus," katanya di sini.
Dalam aksi tersebut, Aik Quan-Pei Jing tewas kepada pasangan China itu 19-21, 7-21.
Sementara itu, pengurus pasukan negara, Tony Tan berkata beliau akan membangkitkan perkara itu kepada BWF dan penganjur agar insiden tersebut tidak berulang sehingga menjejaskan standard kejohanan berkenaan.
Beliau berkata pemain negara bukan tidak boleh menerima kekalahan, namun biarlah dengan cara yang betul.
"Memang saya kecewa kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada kejohanan yang besar. Kita memang ada peluang untuk menang (pada set pertama) tetapi disebabkan masalah teknikal, kita kalah.
"Saya akan ajukan perkara ini agar penganjur dapat memperbaikinya supaya pemain dapat beraksi dalam fair level playing ground dan tidak menjejaskan standard kejohanan tersebut supaya berjalan lancar," katanya.
Bernama
Tue Aug 06 2013
![Kejohanan Dunia: Malaysia kemuka bantahan isu 'Scoreboard' Kejohanan Dunia: Malaysia kemuka bantahan isu 'Scoreboard'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/51375794741_295x200.jpg)
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
![Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617637047_Facebooklogo.jpg)
Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram alami gangguan
Ribuan pengguna platform laman sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram mengalami gangguan pada Khamis.
![Apartmen mewah milik Jackie Chan bakal dilelong Apartmen mewah milik Jackie Chan bakal dilelong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51598936037_JackieChan.jpg)
Apartmen mewah milik Jackie Chan bakal dilelong
Hartanah itu kini diletakkan dalam laman web lelongan di negara itu.
![Guna fakta sahih dalam isu sejarah yang dipolemikkan - Nancy Guna fakta sahih dalam isu sejarah yang dipolemikkan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597757142_NancyShukri.jpg)
Guna fakta sahih dalam isu sejarah yang dipolemikkan - Nancy
Masyarakat perlu menggunakan sumber yang sahih dan fakta yang betul dalam penulisan bagi memperoleh persamaan dan kebenaran dalam isu sejarah yang dipolemikkan.
![Wartawan harus mahir isu-isu mengenai dasar kerajaan - Abang Johari Wartawan harus mahir isu-isu mengenai dasar kerajaan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527173520_AmarAbangJohariTu.jpg)
Wartawan harus mahir isu-isu mengenai dasar kerajaan - Abang Johari
Wartawan di Sarawak harus mempunyai garis panduan mengenai etika dan cukup mahir mengenai isu-isu, terutama yang melibatkan dasar dan program kerajaan.
![Tun Mahathir beri jaminan selesaikan isu teksi dalam tempoh terdekat - Perjiwa Tun Mahathir beri jaminan selesaikan isu teksi dalam tempoh terdekat - Perjiwa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81515661618_teksibermeter.jpg)
Tun Mahathir beri jaminan selesaikan isu teksi dalam tempoh terdekat - Perjiwa
Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan bahawa kerajaan akan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi isu-isu yang membelenggu pemandu teksi.
![Isu kanak-kanak tanpa sijil lahir perlu dikaji - Aziz Jamman Isu kanak-kanak tanpa sijil lahir perlu dikaji - Aziz Jamman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/61531556738_AZIZJAMAN.jpg)
Isu kanak-kanak tanpa sijil lahir perlu dikaji - Aziz Jamman
Gesaan Sarawak supaya kerajaan Persekutuan menyerahkan kuasa kepada kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa sijil lahir di negeri itu perlu dikaji.
![Kerajaan tidak lepas tangan isu kenaikan harga barang - Johari Kerajaan tidak lepas tangan isu kenaikan harga barang - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521370314_JohariAbdulGhani.jpg)
Kerajaan tidak lepas tangan isu kenaikan harga barang - Johari
Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah lepas tangan dalam isu kenaikan harga barang.
![Media Malaysia dan Indonesia perlu lebih strategik kukuhkan hubungan Media Malaysia dan Indonesia perlu lebih strategik kukuhkan hubungan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81505138828_Bendera.jpg)
Media Malaysia dan Indonesia perlu lebih strategik kukuhkan hubungan
Media Malaysia dan Indonesia perlu bertanggungjawab dan berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara, kata Ketua Delegasi Korps Alumni Himpunan Mahasiswa (KAHMI) Forever
![BN akan perjelas isu royalti minyak Kelantan - Muhyiddin BN akan perjelas isu royalti minyak Kelantan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/81389776558_295x200.jpg)
BN akan perjelas isu royalti minyak Kelantan - Muhyiddin
Barisan Nasional (BN) tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu terus memberi penerangan sebenar berkenaan isu royalti minyak Kelantan bagi mengelakkan rakyat mendapat fakta yang salah.