KUALA LUMPUR:Kedah mengekalkan harapan untuk beraksi di Piala AFC 2021 selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras, di sini malam tadi.
Turun selaku pasukan tuan rumah, gol tunggal skuad Hijau Kuning dijaringkan oleh Muhammad Shakir Hamzah pada minit ke-19, yang menanduk masuk tendangan sudut pemain import dari Ivory Coast, Kipre Tchetche.
Kedua-dua pasukan saling melakukan serangan bertali arus sehingga akhir perlawanan, namun tiada sebarang jaringan dihasilkan sehingga wisel penamat.
Kemenangan semalam menyaksikan Kedah melonjak ke tempat kedua carta liga dengan 19 mata, iaitu tujuh mata ketinggalan di belakang juara Johor Darul Ta'zim (JDT), diikuti Perak (18) di tempat ketiga dan Terengganu (16).
Kedah dan Perak bakal meneruskan perebutan slot Piala AFC sehingga aksi terakhir liga, apabila kedua-dua pasukan bertembung pada Sabtu ini di Stadium Perak.
JDT telah pun mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara AFC 2021 selepas meraih kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020

Pasukan Kedah FA meraikan gol yang dijaringkan Muhammad Shakir pada Perlawanan Liga Super, Kedah FA bertemu Melaka di Stadium Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Piala Malaysia ditangguh - Ismail Sabri
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan saingan Piala Malaysia 2020, akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.

Kedah atasi Melaka, kekalkan harapan ke Piala AFC
Kemenangan semalam menyaksikan Kedah melonjak ke tempat kedua carta liga dengan 19 mata, iaitu tujuh mata ketinggalan di belakang juara JDT.

Slot Piala AFC lebih penting berbanding Anugerah Kasut Emas - Shahrel
Penyerang berumur 26 tahun itu tidak mahu terlalu tamak mengejar jaringan sehingga membelakangkan kejayaan pasukannya.