KUALA LUMPUR:Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan saingan Piala Malaysia 2020, akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Walaupun buat masa ini pertandingan bola sepak diadakan tanpa penonton, namun MKN berpendapat sukan itu melibatkan sentuhan antara pemain yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.
"Aktiviti (bola sepak) agak berbahaya kerana ada sentuhan dalam keadaan basah dan berpeluh, jadi sentuhan itu boleh dianggap bahaya. Kalau sukan badminton persendirian mungkin tiada sentuhan, tetapi bola sepak memang tidak boleh dielak dari bersentuhan.
"Lagipun hampir setiap negeri sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kita tidak benarkan ada pertandingan," katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini.
Pusingan pertama saingan Piala Malaysia 2020 dijadual berlangsung dari 6 hingga 8 Nov, diikuti suku akhir (12 dan 13 Nov), separuh akhir (17 Nov) dan final pada 22 Nov.
Juara Piala Malaysia 2020 akan mendapat slot beraksi pada Piala AFC 2021.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan, berkuatkuasa selama empat minggu bermula hari ini hingga 6 Dis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 09 2020

Menurut Ismail Sabri, buat masa ini pertandingan bola sepak diadakan tanpa penonton, namun MKN berpendapat sukan itu melibatkan sentuhan antara pemain yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19. - Gambar fail
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Kesihatan, keselamatan dan masa depan lebih utama - TMJ
Menurut Tunku Ismail, kes COVID-19 semakin meningkat dan situasi tersebut akan menjejaskan kelangsungan hidup jika ia berterusan.

Piala Malaysia tetap ditangguhkan - Ismail Sabri
Kerajaan mengekalkan keputusan untuk menangguhkan saingan Piala Malaysia 2020.

Piala Malaysia ditangguh - Ismail Sabri
Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan saingan Piala Malaysia 2020, akan ditangguhkan ke suatu masa yang akan ditetapkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.