Jaehong berkata dalam dua perlawanan sebelum ini, mereka mungkin tidak bersedia dengan baik serta mempelajari kekuatan atau kelemahan pasukan lawan, tetapi untuk pertemuan kali ini barisan pemain akan memberi saingan kepada TFC.
"Kami akan cuba memberikan yang terbaik dari segi teknikal dan taktikal serta perlu menunjukkan kematangan apabila bermain.
"Sekarang bergantung kepada komunikasi kami dan perlu kurangkan kesilapan dan guna segala kelebihan dalam situasi bola mati," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selepas beraksi dalam dua perlawanan, KDN FC kini berada di kedudukan ke-11 daripada 13 pasukan yang bertanding pada musim ini selepas tewas dua kali kepada Sri Pahang FC dan Sabah FC.
Beliau berkata pemainnya juga perlu fokus pada setiap minit perlawanan serta bermain secara pantas apabila menyerang dan menggunakan setiap peluang yang diperolehi untuk mencatatkan kemenangan ke atas pasukan lawan.
-- BERNAMA