PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap sesiapa sahaja yang dilantik menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan terus memberi kerjasama erat kepada jawatankuasa Road To Gold (RTG) dalam persiapan ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Menterinya Hannah Yeoh berkata beliau tiada masalah dengan pemilihan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai presiden BAM kerana ia adalah hak persatuan sukan kebangsaan itu untuk membuat keputusan.
"Kami tidak masuk campur dalam pemilihan ahli jawatankuasa badan sukan masing-masing... siapa sahaja yang mereka pilih, Majlis Sukan Negara akan bekerjasama kerana paling penting adalah kebajikan atlet terjaga dan pembangunan sukan berjalan lancar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Hadiah Kemenangan Huawei kepada 36 pemenang pingat Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini hari ini.
Terdahulu, Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengumumkan ahli majlis badan itu hari ini sebulat suara bersetuju menamakan Tengku Zafrul sebagai presiden baharu mereka namun berkata tarikh sebenar pelantikan itu akan dibincangkan pada mesyuarat majlis BAM Disember ini dan dijangkakan dimuktamadkan Januari depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 14 2023
KBS tiada masalah dengan pemilihan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai presiden BAM kerana ia adalah hak persatuan sukan. - Gambar fail
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Belanjawan 2025: KBS guna dapatan 'Kembara JOM' penuhi keperluan belia
Dapatan daripada program itu digunakan sebagai panduan dalam penyelarasan Belanjawan 2025 bagi menjayakan program untuk memenuhi keperluan golongan belia.
Kembara JOM: KBS beri perhatian isu ekonomi, kerjaya masa depan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberi perhatian terhadap isu termasuk ekonomi, peluang kerjaya, keusahawanan dan sara hidup yang dihadapi golongan belia pada hari ini dan masa depan.
KBS kaji insentif sesuai bagi tarik belia sertai Program Rakan Muda
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengkaji insentif sesuai bagi menarik minat golongan belia untuk menyertai 10 program di bawah Program Rakan Muda.
MSN, MPM perlu duduk semeja - Hannah
Menteri Belia dan Sukan meminta Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyelesaikan 'perang dingin' secara profesional.
KBS hargai sokongan rakyat Malaysia, FAM kepada pasukan Palestin
KBS berterima kasih kepada FAM yang menyediakan gelanggang berkecuali kepada Palestin menentang Jordan.
KBS lakukan reformasi pentadbiran sukan tahun hadapan, mahu libatkan bekas atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan reformasi pentadbiran sukan melibatkan Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) bermula tahun depan.
Gagal patuh garis panduan, tidak layak dapat geran - Hannah
Pihak persatuan yang gagal mengikut garis panduan sukan drag dan motorcross bakal berdepan tindakan disenarai hitam sekali gus tidak layak menerima geran daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pewartaan 103 jenis sukan bantu perkembangan sukan kurang popular - Hannah
Hannah berkata ini kerana selepas diwartakan pihak-pihak berkepentingan boleh mengakses dana dan peruntukan untuk penganjuran program yang disediakan KBS.
Hab anak muda di Stadium Muar: Skop naik taraf dari balapan ke padang - Adam Adli
Pelan asal pembinaan hab anak muda di Stadium Muar melibatkan skop naik taraf balapan.