NILAI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menerima sebarang maklumat berhubung keputusan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 Lee Chong Wei, untuk tidak menyertai kontinjen negara ke temasya sukan terbesar dunia itu, bulan depan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau sering berhubung dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, tentang perkembangan kontinjen negara menjelang Sukan Olimpik Tokyo, namun tidak dimaklumkan tentang perkara itu.
"Kelaziman dalam soal CDM (chef de mission) keputusan dibuat MOM dan MOM biasanya akan memaklumkan kepada saya, tapi pada waktu ini maklumat itu belum lagi sampai, belum lagi dimaklumkan kepada saya tentang kedudukan Chong Wei, atau pun kalau ada sebarang kemungkinan perubahan yang akan berlaku.
"Jadi saya serahkan semuanya kepada MOM, katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan terakhir skuad berbasikal trek negara ke Sukan Olimpik di Velodrom Nasional Malaysia, Nilai di sini, hari ini.
Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali, dilaporkan tidak akan menyertai atlet negara ke Tokyo susulan faktor kesihatan.
Sementara itu, mengulas mengenai persiapan skuad berbasikal trek negara, Reezal berkata dua atlet iaitu jaguh dunia Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Shahrom, menunjukkan keazaman tinggi dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Beliau berkata kedua-dua atlet itu juga telah bersedia sepenuhnya, malah kini berada pada tahap semangat tertinggi untuk memberikan persembahan terbaik di Tokyo.
"Saya yakin dengan persiapan serta bantuan jurulatih John Beasley dan pembantunya, atlet berbasikal trek negara yang akan mewakili Malaysia ke Olimpik nanti, terutama dalam acara keirin dan pecut, bakal memberi satu harapan kepada kita," katanya.
Reezal dari jauh turut sempat memberikan kata-kata semangat kepada Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus, yang berada dalam gelembung sukan ketika ini.
"Saya kata 'fight on', itulah satu kata-kata hikmah Jepun, Gambate, jadi inilah semangat yang perlu dibawa ke Tokyo," kata Reezal.
Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni dan Shah Firdaus, masing-masing meraih pingat emas acara pecut dan keirin pada kejohanan simulasi Sukan Olimpik di Velodrom Nasional Malaysia yang berakhir hari ini.
Kejohanan simulasi selama tiga hari itu disertai barisan atlet podium dan pelapis skuad berbasikal trek negara yang berada dalam gelembung sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 26 2021
Chong Wei yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik tiga kali, dilaporkan tidak akan menyertai atlet negara ke Tokyo susulan faktor kesihatan. - Gambar fail
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Olimpik Tokyo: Pengerusi syarikat penerbitan utama Jepun didakwa rasuah
Pengerusi sebuah syarikat penerbitan utama Jepun, Kadokawa Corp, didakwa pada Selasa atas pertuduhan memberi rasuah kepada bekas eksekutif Olimpik Tokyo.
Pemenang pingat emas Olimpik, Hidilyn gembira kembali ke Melaka
Jaguh angkat berat Filipina Hidilyn Diaz gembira dapat kembali dan menyambung latihannya di Kampung Kesang Tua di Jasin yang membantunya meraih kejayaan pada temasya Olimpik Tokyo.
Siasatan isu Ziyad selesai, laporan penuh siap minggu depan
Siasatan dalaman berhubung pembatalan penyertaan dan kemenangan jaguh lontar peluru F20 Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo baru-baru ini, selesai dua hari lepas.
Farah Ann jalani proses pemulihan sehingga tahun hadapan
Atlet gimnastik kebangsaan Farah Ann Abdul Hadi berehat daripada menyertai mana-mana kejohanan gimnastik yang kompetetif buat masa ini bagi memfokuskan proses pemulihan dirinya.
Mei Kuan bersara daripada badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata mereka telah cuba memujuk pemain berusia 26 tahun untuk kekal beraksi tetapi tidak berjaya.
Tokyo 2020: Khatam sehari sebelum acara keirin, Al-Quran rahsia ketenangan Azizulhasni
menyertai kejohanan dengan tekanan yang besar bukan satu urursan yang mudah apatah lagi bertanding di temasya terbesar dunia.
Olimpik Tokyo 2020 kejayaan luar biasa - Presiden IOC
Thomas Bach menyifatkan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai kejayaan luar biasa.
Tokyo 2020: Juni Karimah, Nuraisyah bawa haluan masing-masing
Kedua-dua pelayar itu akan mula dipisahkan tahun depan bagi menyertai acara berpasukan campuran.
Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Khamis lalu, Hongchan, 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Tokyo 2020: Azizulhasni raih kilauan perak untuk Malaysia
Dalam saingan akhir, Azizulhasni menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk membawa pulang pingat perak