VIRGIL van Dijk mengakui prestasinya kini bukan di tahap terbaik tetapi berkata pemain bola sepak "bukannya robot" selepas menerima kritikan pedas daripada Marco van Basten dan Ruud Gullit.
Peranan pertahanan Liverpool itu sebagai kapten skuad kebangsaan Belanda dipertikaikan oleh Van Basten selepas tewas 0-4 di tangan Perancis dalam pusingan kelayakan Euro 2024 pada Jumaat lalu.
Legenda Belanda, Van Basten, berkata Van Dijk "hanya membuat bising tetapi tidak berkata apa-apa" dan mencetuskan huru-hara sehingga timbul kekeliruan di atas padang.
Seorang lagi bekas pemain kebangsaan Belanda, Gullit, juga turut berkata -- ketika bertindak sebagai pemerhati bersama Van Basten bersama Ziggo Sport -- bahawa Van Dijk berfikir dia lebih baik berbanding pemain lain.
Walaupun Vin Dijk terbuka untuk menerima pandangan sesiapa, dia berasakan kritikan ke atasnya itu bukan sesuatu yang adil.
"Amat jelas kami bermain dengan buruk. Saya salah seorang pemain berpengalaman jadi ia jelas sesuatu yang tidak adil.
"Hari ini, semua orang dibenarkan untuk memberikan pandangan, itulah kesnya. Adakah saya menetapkan satu penanda aras yang tinggi? Saya tidak pernah sempurna.
"Tetapi kami memperoleh banyak kejayaan bersama pasukan ini. Pemain bola sepak (Van Basten dan Gullit) patut lebih memahaminya berbanding orang lain, pemain dan pasukan mempunyai kemuncak tertinggi dan jurang terdalam.
"Ia sesuatu yang normal apabila anda tidak sentiasa beraksi tekal. Anda memiliki fasa sebagai kelab atau pemain, di mana anda mencari tahap terbaik anda. Semua orang tidak boleh lupakan perkara itu.
"Adalah normal untuk manusia melakukan kesilapan, ia sebahagian daripada bola sepak dan ia amat manusiawi.
"Anda pasti lebih tahu berbanding orang lain apabila anda melakukan sesuatu yang betul atau silap. Ia waktu yang sukar di kelab saya, dengan banyak turun-naiknya.
"Saya amat positif mengenai masa depan dan saya mencuba untuk mempamerkan permainan terbaik saya dalam setiap perlawanan.
"Kami bukan robot. Jangan lupakan perkara itu. Mungkin adakalanya mereka lupa akan perkara itu," katanya.
Astro Arena
Wed Mar 29 2023
![Kami bukan robot - Van Dijk balas kritikan pedas Van Basten, Gullit Kami bukan robot - Van Dijk balas kritikan pedas Van Basten, Gullit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680051908_VirgilvanDijkNet.jpg)
Walaupun Vin Dijk (gambar) terbuka untuk menerima pandangan sesiapa, dia berasakan kritikan ke atasnya itu bukan sesuatu yang adil. - Foto fail/REUTERS
![Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002668_WargaEmasLemasP.jpg)
Datuk lemas ketika cuba selamatkan dua cucu di Pantai Irama
Seorang datuk lemas ketika menyelamatkan dua cucu yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama di sini, pada Sabtu.
![Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739004501_CocaCola.jpg)
Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly
Produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah.
![Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739004981_KhaledNordin.jpg)
Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.
Indonesia rangka peratusan had umur, lindungi kanak-kanak di platform digital
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital, menurut Kementerian Komunikasi dan Digital negara itu.
![Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739000056_AmirudinShari.jpg)
Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.
AWANI Ringkas: Op Sky: Keterangan tiga selebriti bantu lengkap siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir: PDPR dilaksana di sekolah yang tak sempat dibaik pulih
Walaubagaimanapun, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sasaran pihaknya adalah agar semua murid dapat hadir ke sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
![Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738998395_mayat.jpg)
Perahu karam, warga emas ditemukan lemas di Tatau
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Anap, Tatau, Bintulu pada Rabu lepas, ditemukan lemas pagi tadi.
![Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739003480_pilihanrayaindia.jpg)
Pilihan raya negeri mendebarkan, wilayah New Delhi dalam proses kira undi
Lebih 60 peratus daripada lebih 15 juta pengundi yang layak telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih kerajaan tempatan pada Rabu lalu.
Majikan tidak beri pelepasan perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
![EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707105555_VanDijk.jpg)
EPL: Van Dijk akui kesilapan undang malang buat Liverpool
Pertahanan Liverpool, Virgil Van Dijk mengakui melakukan kesilapan besar ketika The Reds tewas 3-1 kepada Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris.
![Tiada Salah? Kami yakin boleh! - Van Dijk Tiada Salah? Kami yakin boleh! - Van Dijk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703736729_MohamedSalah.jpg)
Tiada Salah? Kami yakin boleh! - Van Dijk
Van Dijk, percaya Liverpool mampu kekal cemerlang dalam ketiadaan Mohamed Salah.
![Piala Dunia Qatar: Saingan berdepan Argentina bukan sekadar menyekat Messi - Van Dijk Piala Dunia Qatar: Saingan berdepan Argentina bukan sekadar menyekat Messi - Van Dijk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670492047_VirgilvanDijk.jpg)
Piala Dunia Qatar: Saingan berdepan Argentina bukan sekadar menyekat Messi - Van Dijk
Pemain pertahanan Belanda, Virgil van Dijk berkata saingan berdepan Argentina pada suku akhir Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung pada Jumaat ini bukan sekadar untuk menyekat Leo Messi.
![Solidariti pemain Liverpool terhadap kematian George Floyd Solidariti pemain Liverpool terhadap kematian George Floyd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41591058240_georgefloyd.jpg)
Solidariti pemain Liverpool terhadap kematian George Floyd
Barisan pemain ini melutut sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Anfield.
![Jerman kalah lagi Jerman kalah lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539487041_FOOTBALL.jpg)
Jerman kalah lagi
Belanda menang 3-0, dan pastinya ia menjadi satu lagi tamparan buat pengendali Jerman, Joachim Low.
![Conte akui terlepas Van Dijk Conte akui terlepas Van Dijk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/61515202705_VirgilvanDijk.jpg)
Conte akui terlepas Van Dijk
Van Dijk pantas memberikan impak apabila menanduk gol kemenangan buat The Kop dalam aksi pertamanya ketika bertemu Everton dalam saingan Piala FA.