Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sedang menunggu wang penajaan daripada beberapa penajanya bagi melunaskan tuntutan gaji tertunggak lima pemainnya yang beraksi bersama pasukan itu musim lepas.
Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail berkata dalam masa sama, persatuan itu turut mengatur kewangan mereka untuk terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
"Kami berharap sumber (penaja) yang sudah dikenal pasti itu dapat membantu persatuan secepat mungkin dengan jumlah penajaan yang dipersetujui sebelum ini.
"Selain berharap kepada penaja sedia ada, kami masih lagi mencuba dan mencari sumber lain yang bersesuaian bagi membantu kami dari aspek perbelanjaan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada 3 Mei lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam mencadangkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk melakukan pemotongan mata kepada KAFA sekiranya persatuan itu gagal menjelaskan tunggakan gaji kepada bekas pemainnya sebelum 31 Mei ini.
Lima bekas pemain berkenaan yang belum menerima tunggakan gaji ialah Ahmad Fakri Saarani, Amar Rohidan, Muhammad Nazri Ahmad, Amiridzwan Taj Tajudin dan Mohd Fitri Omar yang menamatkan kontrak mereka dengan KAFA untuk menyertai pasukan lain musim ini.
Mengulas lanjut, Rosmadi berkata ketika ini pihaknya amat bergantung kepada penajaan bagi terus menggerakkan persatuan.
Beliau berkata KAFA akan mengemukakan rayuan kepada FAM jika masih gagal menjelaskan tuntutan gaji tertunggak lima pemain terbabit, dan masa sama akan cuba membuat pembayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Bernama
Sun May 15 2016
KAFA akan mengemukakan rayuan kepada FAM jika masih gagal menjelaskan tuntutan gaji tertunggak lima pemain terbabit, dan masa sama akan cuba membuat pembayaran mengikut jadual yang telah ditetapkan. - Gambar fail
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Kevin sah lepas jawatan CEO MFL
Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebagai pemangku CEO berkuat kuasa 1 Disember juga diumumkan.
Lima belum buat rayuan menjelang tarikh tutup minggu depan
Hanya lima daripada 10 pasukan sahaja sudah mengemukakan rayuan berkaitan kegagalan melengkapkan pendaftaran Liga Malaysia (Liga-M), sejak minggu lalu.