Datuk Seri Vida mendedahkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah pun menyatakan persetujuan terhadap dua syarat beliau untuk menaja The Red Warriors, lapor mStar.
Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menyatakan persetujuan tersebut disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa melalui mesej Whatsapp yang diterima pada pagi Sabtu.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran melibatkan perjanjian tersebut.
"I will go with the flow. Sekarang cuma tunggu surat persetujuan daripada Kafa," katanya.
Datuk Seri Vida turut ditanya mengenai respon peminat pasukan Kelantan yang kebanyakannya tidak selesa dengan syarat tersebut.
"Saya sudah lali...dari dulu lagi dah kena macam ni. Saya tak terguris hati," ujar beliau yang sebelum ini masyhur sebagai penaja utama Gegar Vaganza terbitan Astro.
Beliau turut menyambut baik respon netizen yang mula menyunting foto stadium dan jersi pasukan ke warna merah jambu:
"Bila saya tengok gambar kerusi stadium dan jersi yang diviralkan cantik pula. Tapi tak adalah sampai saya nak ubah bendera jadi warna merah jambu."
BACA: KAFA perlu lebih RM12 juta bentuk pasukan TRW yang kuat - Annuar Musa
BACA: Taja pasukan Kelantan: ‘Doakan kami ada jodoh’ - Datuk Seri Vida
BACA: Annuar Musa mahu penaja TRW runding ikut prosedur, elak salah faham
Nizam Bakeri
Sat Jan 02 2016

Datuk Seri Vida mendedahkan Tan Sri Annuar Musa melalui mesej Whatsapp bersetuju dengan dua syarat untuk menaja TRW. - Foto Facebook

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Vida sedia bersaing secara sihat dapatkan Kelantan FC
Vida optimis mampu melakukan yang terbaik buat skuad The Red Warriors (TRW) kerana segala perancangan sudah berada dalam 'kepalanya'.

Hantaran video bersifat sumbang, Vida mengaku tidak bersalah
Hantaran itu menggunakan aplikasi YouTube 'DSV Entertaintment' dengan niat menyakiti hati orang lain pada 29 April.

Datuk Vida akan pasarkan beg tangan LV tempahan khusus kepada peminat
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman mengumumkan kerjasama beliau dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan produk beg tangan jenamasendiri, iaitu DSV-LV.