PETALING JAYA: Serampang dua mata. V. Roobenraj bukan sahaja mahu menjadi jurulatih Malaysia pertama di negara timur tengah, tetapi beliau juga mahu memulakan semula kariernya sebagai pemain profesional di negara itu.
Bekas pemain 'junior' kebangsaan itu akan menyertai New Vision Badminton Club di Qatar untuk melatih pemain badminton muda negara itu, selain mengambil peluang untuk meningkatkan lagi skil permainannya di sana.
"Saya amat teruja dengan peluang untuk bermain dan melatih bersama sebuah kelab di Qatar. Saya bercita-cita untuk menjadi juara dunia suatu hari nanti.
"Ia akan menjadi satu pengalaman besar untuk saya membawa permainan itu ke satu tahap baharu. Terima kasih kepada pengalaman saya ketika bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), ini merupakan satu batu lonjakan untuk meneroka perkara baharu dalam permainan saya," katanya pada satu sidang media di sini semalam.
Walaupun menjadi jurulatih buat kali pertama, pemain kelahiran Kulim, Kedah itu percaya akan dapat memberikan komitmen 100 peratus bagi menjadikan impiannya itu satu kenyataan, dan berterima kasih atas usaha Presiden Persatuan Badminton India Malaysia (MIBA) Datuk V. Radhakrishnan atas kepercayaan untuk beliau memperbaiki karier badmintonnya di Qatar.
Pelajar tahun akhir di sebuah universiti swasta yang berusia 22 tahun itu sebelum ini bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih di bawah bekas jurulatih kebangsaan seperti Jeremy Gan, Cheah Soon Kit dan Rosman Razak.
Sementara itu Radhakrishan berkata mereka menerima jemputan daripada Persatuan Badminton Qatar (QBA) menerusi pihak ketiga baru-baru ini, dengan sasaran untuk mencari seorang yang boleh melatih pemain muda mereka dalam usaha untuk memilik pemain-pemain badminton terbaik pada 2030.
Beliau berkata Roobenraj merupakan satu-satunya pemain yang berminat untuk menjadi jurulatih dan mereka percaya beliau akan menikmati kejayaan di Qatar.
"Kesemua pendapatan Roobenraj, akan diuruskan oleh Qatar dan beliau akan berada di bawah kontrak setahun dengan pilihan tambahan satu tahun lagi, jika mereka (QBA) berpuashati dengan perkhidmatannya," katanya dan menambah Roobenraj akan menghabiskan tahun akhirnya sebagai pelajar secara dalam talian daripada Qatar.
Sementara itu Radhakrishnan berkata MIBA akan menganjurkan sekurang-kurangnya tiga kejohanan pada peringkat akar umbi tahun hadapan, dalam usaha mengenal pasti bakat baharu daripada masyarakat India selain membantu lebih daripada 500 sekolah Tamil dalam pembangunan badminton kepada pelajarnya.
Beliau jelaskan bahawa MIBA telah menerima respons dan pertanyaan yang banyak daripada ibu bapa masyarakat India mengenai bagaimana untuk membantu anak-anak mereka yang menunjukkan minat pada badminton berikutan persembahan S. Kiosona, M. Thinaah dan K. Letshanaa bersama skuad negara di Piala Sudirman dan Piala Uber.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Radhakrishnan (kiri) menunjukkan memorandum perjanjian persetujuan untuk penghantaran jurulatih Roobenraj (kanan) ke Qatar di Wisma UFL, Kuala Lumpur, 12 Okt, 2021. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Jurulatih Malaysia bantu bangunkan pemain badminton baharu Qatar
Roobenraj akan menyertai New Vision Badminton Club di Qatar untuk melatih pemain badminton muda negara itu.