KOTA BHARU:Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman hampir pasti memilih Ketua Jurulatih dari Itali bagi memperkasakan pasukan itu dengan "ramuan" Itali dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.
Norizam berkata ketika ini rundingan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir dan jurulatih itu menunjukkan minat bersama Kelantan.
"Jurulatih itu dilihat selesa dengan tawaran yang diberikan oleh Kelantan FC serta bersedia untuk menerapkan corak permainan baharu.
"Saya juga sedang melengkapkan senarai penolong jurulatih untuk bersama dengan pengendali dari Itali itu nanti," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini media melaporkan pemilik pasukan Kelantan melakukan rombakan besaran terhadap barisan jurulatih apabila tidak menyambung kontrak ketua jurulatih musim ini Yusri Che Lah dan tiga pembantunya Tengku Hazman Raja Hassan, Azli Mahmood dan Ismail Chawalit Abu Bakar.
Norizam berkata apabila kesemua perkara dilengkapkan, pihaknya akan mengumumkan senarai penuh barisan jurulatih Kelantan musim 2021.
"Saya yakin barisan jurulatih yang dipilih itu mampu melaksanakan tugas dengan baik dalam usaha membawa masuk perubahan kepada permainan pasukan musim depan.
Saya berharap seluruh penyokong dapat berdiri teguh dalam mengembalikan semula Kelantan FC ke landasan mentaliti kejuaraan," katanya.
Katanya besar harapan beliau untuk melihat musim depan Kelantan FC tampil dengan semangat baharu iaitu tidak mudah mengalah walaupun berdepan dengan tekanan tinggi semasa perlawanan.
"Sekarang ini perlu akui pasukan ketinggalan, saya mahu pemain bangkit untuk memastikan kita berjaya menang.
Buat masa ini, saya tidak mahu mendedahkan jurulatih itu...sabar apabila selesai nanti kita akam umum," katanya.
Kelantan yang kini dikenali sebagai Kelantan FC menamatkan saingan di kedudukan keenam dalam saingan Liga Premier dan kemudiannya layak ke Piala Malaysia, musim 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 21 2020
Norizam berkata apabila kesemua perkara dilengkapkan, pihaknya akan mengumumkan senarai penuh barisan jurulatih Kelantan musim 2021. - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bukan tugas mudah gantikan 'Tok Guru' dalam Sabah FC - Alto Linus
Katanya, mengekalkan prestasi setiap pemain serta mengekalkan corak permainan itu tugas amat mencabar.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Tuchel sah jurulatih baharu England
Menurut Persatuan Bolasepak (FA) jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025.
KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.
LaLiga: Carlo Ancelotti bakal kendali aksi ke-300 bersama Real Madrid
Sejak kembali ke Santiago Bernabeu pada 2021, dia telah mengendalikan 180 perlawanan berbanding ketika pada tahun 2013 hingga 2015.
Anak datang stadium kerana sangka Nidzam akan dipecat
Kejayaan Selangor FC mara ke final Piala FA 2024/2025 dengan menyingkirkan Terengganu FC menerusi agregat 6-4, dapat mengukuhkan semula keyakinan peminat Gergasi Merah terhadap pengendali skuad itu.
Terlalu banyak tekanan pada Pau Marti mampu ancam legasi Kim Pan-gon
Faktor masa merupakan aspek penting sebelum melakar sesuatu keputusan yang positif.
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
KOM cari ketua jurulatih bagi enam disiplin, atlet bersara boleh mohon
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sedang mencari ketua jurulatih bagi enam disiplin bagi memperkuat struktur kejurulatihan badan induk itu.