KUALA LUMPUR: Seorang lagi jurulatih, iaitu Flandy Limpele, akan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), setelah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya dengan persatuan itu selepas 1 April ini.
Menurut BAM dalam kenyataan hari ini, usaha telah dibuat untuk menawarkan syarat baharu kepada jurulatih beregu lelaki itu, namun warga Indonesia berusia 48 tahun tersebut mahu memulakan perjalanan kerjaya yang baharu.
BAM menzahirkan penghargaan ikhlas kepada Flandy atas dedikasi dan komitmennya selain mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
Sementara itu, Flandy bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat selama dua tahun dengan badan induk badminton negara itu.
"Selepas mempertimbangkan dan berbincang dengan teliti bersama pengarah kejurulatihan beregu Rexy Mainaky, saya berpendapat ini adalah masa yang tepat untuk saya mengundur diri," katanya.
Rexy, yang berterima kasih kepada Flandy atas kerja keras dan sikap profesionalnya sepanjang berada di BAM, berjanji akan meneruskan usaha membimbing beregu lelaki ke arah kejayaan lebih cemerlang.
"Beliau telah membina asas dalam bahagian beregu lelaki untuk kami terus membangunkannya dan beliau telah menyumbang kepada banyak pencapaian bermakna. Saya bangga dengan usaha yang telah kami laksanakan bersama.
"Saya doakan yang terbaik untuk perjalanan beliau selepas ini. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk meneruskan kemajuan skuad beregu lelaki muda kita dan saya janji saya akan teruskannya," tambah Rexy.
Dilahirkan di Manado, Sulawesi Utara, Flandy merupakan pemenang gangsa Olimpik dan Kejohanan Dunia dalam kategori beregu lelaki.
Sebelum ini, jurulatih perseorangan wanita Indra Wijaya meninggalkan BAM untuk melatih perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia yang menjadi pemain profesional Januari lepas, manakala jurulatih beregu wanita Chan Chong Ming meletak jawatan pada Disember lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Usaha telah dibuat untuk menawarkan syarat baharu kepada jurulatih beregu lelaki itu,Flandy mahu memulakan perjalanan kerjaya yang baharu. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Badminton: Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah bantu BAM
Ade Yusof dan Gerardo Rizqullah akan bantu mempersiapkan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah untuk menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

Jurulatih beregu lelaki Flandy Limpele tinggalkan BAM
Warga Indonesia berusia 48 tahun tersebut mahu memulakan perjalanan kerjaya yang baharu.