NEW DELHI: Lembaga Kriket India (BCCI) mengumumkan ganjaran wang tunai sebanyak 1,250 juta rupee (hampir AS$15 juta) kepada pasukan yang memenangi Piala Dunia Kriket Twenty20 (T20).
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan hadiah wang tunai INR 125 crore untuk pasukan India yang memenangi Piala Dunia T20 Lelaki ICC 2024.
"Pasukan ini telah menunjukkan bakat luar biasa, ketekunan dan semangat kesukanan sepanjang kejohanan," kata setiausaha BCCI, Jay Shah pada Ahad.
India menjulang trofi selepas menewaskan Afrika Selatan dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada Sabtu di Barbados.
Rakyat India dengan populasi 1.4 bilion meraikan kemenangan itu dengan penuh kegembiraan, menamatkan kemarau 11 tahun negara untuk gelaran juara kriket antarabangsa.
Sebanyak 20 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan telah menyertai kejohanan yang dianjurkan bersama oleh Amerika Syarikat dan West Indies dari 1 hingga 29 Jun.
Badan pengelola, Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) mengumumkan hadiah wang tunai sebanyak US$11.25 juta untuk kejohanan tahun ini.
India selaku juara membawa pulang AS$2.45 juta, manakala Afrika Selatan sebagai naib juara menerima AS$1.28 juta.
Sementara itu, tiga pemain senior India, Virat Kohli, Rohit Sharma dan Ravindra Jadeja mengumumkan persaraan mereka daripada kriket T20 antarabangsa bagi memberi laluan kepada generasi seterusnya beraksi dalam pasukan T20.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
India menjulang trofi selepas menewaskan Afrika Selatan dalam perlawanan akhir yang mendebarkan pada Sabtu di Barbados.- Foto AP
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan, 25 penumpang selamat
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
Juarai Piala Dunia Kriket T20, ganjaran AS$15 juta buat pasukan India
Lembaga Kriket India mengumumkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$15 juta kepada pasukan yang memenangi Piala Dunia Kriket Twenty20 (T20).