KUALA LUMPUR: Mengikut kebiasaannya, seseorang atlet akan memulakan karier antarabangsa menerusi temasya Sukan SEA sebelum beraksi di peringkat lebih tinggi seperti Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.
Namun, ia bukan laluan bagi Olahragawati Kebangsaan 2019/2020 Tan Cheong Min.
Atlet wushu berusia 24 tahun itu sudah terlebih dahulu muncul juara dunia dan beraksi di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, namun hanya akan membuat penampilan pertama Sukan SEA di Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.
Ia berikutan acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi 2019 di Filipina dan Vietnam pada 2021.
Cheong Min yang menjadi atlet wushu pertama dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan, akan beraksi dalam acara Nanquan/Nangun dan Nandao individu serta Duilian berpasukan pada temasya kali ini.
"Akhirnya saya dapat mewakili negara ke Sukan SEA untuk melengkapkan penyertaan dalam semua peringkat. Seperti setiap atlet, matlamatnya adalah untuk meraih emas, tetapi yang lebih penting saya mahu mempamerkan prestasi yang baik untuk mengelakkan potongan mata atau kesilapan.
"Sudah pastinya cabaran sengit akan hadir daripada peserta Indonesia, Vietnam dan Myanmar. Namun, yang paling penting adalah berjuang dengan diri sendiri kerana walaupun ada skill hebat, tapi kalau mental tak bagus ketika pertandingan, tak guna juga," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Cheong Min yang beraksi cemerlang di Kejohanan Dunia 2019 di Shanghai, China, dengan membawa pulang emas acara Nandao serta perak bagi Nanquan dan Duilian bersama Phoon Eyin dan Loh Ying Ting, berkata acara Nandao dan Nangun digabungkan menjadi acara menawarkan satu pingat di Sukan SEA.
Skuad wushu negara dijadual menyertai latihan selama sebulan di China sebagai persiapan untuk Sukan SEA, diikuti Sukan Asia Hangzhou 2022 yang ditunda setahun dari 23 Sept hingga 8 Okt tahun ini.
"Buat masa ini, persiapan sudah capai 80 peratus, mungkin selepas latihan di China, akan capai 100 peratus. Sukan SEA ini sebenarnya lebih kepada kejohanan pemanas badan untuk pemilihan ke Sukan Asia nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2023
Tan Cheong Min sebelum ini sudah terlebih dahulu muncul juara dunia dan beraksi di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018. - Instagram Tan Cheong Min
AWANI Tonight 25 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
2. Top AI trends for businesses in 2025
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: Azerbaijan plane crashes in Kazakhstan leaving dozens dead
A passenger plane flying from Azerbaijan to Russia has crashed near the city of Aktau in Kazakhstan with 62 passengers and five crew on board, leaving dozens dead.
AWANI Tonight: Top AI trends for businesses in 2025
Artificial intelligence, is transforming business efficiency and performance. Dickson Woo from IBM Malaysia highlights key AI trends to watch in 2025
AWANI 7:45 [25/12/2024] - Belum tahu ahli keluarga sudah tiada | Penganjur mohon maaf, bayar kompaun | Polis tingkat usaha buru | 42 terkorban tragedi pesawat terhempas
- Dua anak mangsa nahas Ayer Keroh belum tahu keluarga sudah tiada
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
- Terengganu berisiko mengecil akibat hakisan pantai kritikal
- Kepimpinan universiti nafi dakwaan pelajar IPTA masuk guna 'pintu belakang'
- Pesawat terhempas di Khazakhstan, 12 penumpang terselamat
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan - Afandi
Jelas Afandi, FAM sepatutnya memberi ruang dan peluang kepada KAFA untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab.
Apa kata cuba perkara baharu? - Thamaraj dedah punca sertai dunia persilatan
V. Thamaraj muncul atlet silat berbangsa India pertama negara menyumbang kepada kejayaan yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Kilang pembuatan Tesla di Shanghai siap menjelang akhir tahun
Kemudahan itu yang mula dibina pada akhir Mei, akan dikhaskan untuk pengeluaran bateri penyimpanan tenaga syarikat berkenaan, Megapack.
Kesesakan sempadan: Danok, Hatyai jadi tumpuan, SOP ICQS diperkemas
Jabatan Imigresen Malaysia memperkemas prosedur operasi standard di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam bagi memastikan kelancaran perjalanan rakyat Malaysia masuk ke Thailand.
AWANI Ringkas: Kemasukan ke universiti awam | Badminton
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Bahasa Melayu khazanah bangsa
Apakah cabaran DBP bagi pemantapan bahasa, sastera dan persuratan? Sejauh manakah pemeliharaan bahasa etnik dan sukuan terhadap perpaduan nasional? Ikuti diskusi mengenai usaha mengukuh dan mempertahan khazanah bahasa dan kearifan tempatan dalam Agenda AWANI 9 malam ini.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.