Kerajaan Johor mahu setiap atlet bakal mewakili negeri ini pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 supaya mengekalkan momentum dan semangat juang tinggi bagi merangkul juara keseluruhan temasya sukan itu yang bakal dianjurkan pada 2020.
Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kelebihan sebagai tuan rumah temasya sukan itu harus dimanfaatkan sepenuhnya atlet Johor dalam mencapai kejayaan.
"Kita perlu bangkit dan memperbaiki carta kedudukan untuk mendapatkan gelaran juara keseluruhan dengan mengatasi kuasa-kuasa besar temasya Sukma seperti Terengganu, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sarawak.
"Kerajaan negeri sedang dalam usaha memastikan segala persiapan berhubung infrastruktur sukan, pengurusan temasya dan perihal pegawai sukan diambil perhatian secara keseluruhan untuk memastikan Sukma 2020 menjadi temasya paling berprestij," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan insentif kemenangan atlet Sukma Johor 2018, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata aspek sains sukan perlu diberikan perhatian serius untuk memastikan prestasi atlet berada pada tahap terbaik seperti dititahkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada majlis ramah mesra bersama atlet Sukma Johor, baru-baru ini.
Beliau berkata setiap perkara walaupun kecil akan diambil perhatian demi memastikan kejayaan atlet negeri ini.
Pada majlis berkenaan, kerajaan Johor memperuntukkan insentif RM360,250 kepada atlet yang berjaya meraih pingat pada Sukma ke-19, sebagai pemangkin semangat mereka untuk mengekalkan prestasi terbaik dalam mengharumkan nama Johor pada temasya akan datang.
Insentif tersebut diberikan kepada 21 daripada 29 acara sukan yang disertai kontinjen Johor pada Sukma di Perak, September lepas, termasuk dalam olahraga, akuatik, judo, menembak, angkat berat dan berbasikal.
"Bagi kategori individu (seorang-dua atlet), RM3,000 diberikan kepada setiap atlet yang memenangi pingat emas, RM2,000 untuk pingat perak dan RM1,500 bagi pingat gangsa. Bagi kategori berpasukan (tiga-lapan atlet), pemenang pingat emas menerima RM2,000, perak RM1,500 dan gangsa RM1,000," katanya.
Bagi kategori berpasukan pula, RM1,500 untuk pemenang pingat emas, RM1,000 pingat perak dan RM750 gangsa selain tambahan RM1,000 dan RM750 untuk atlet yang berjaya memecah rekod kebangsaan dan rekod kejohanan, katanya.
Pada Sukma ke-19, Johor berjaya meraih 29 pingat emas, 34 perak dan 37 gangsa, menyaksikan negeri itu berada di kedudukan kesembilan daripada 15 kontinjen yang bertanding pada temasya sukan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
![Johor tekad rangkul gelaran juara keseluruhan Sukma 2020 Johor tekad rangkul gelaran juara keseluruhan Sukma 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527353978_OsmanSapian.jpg)
OSMAN: Kita perlu bangkit dan memperbaiki carta kedudukan. - Gambar fail
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011884_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599815357_TBBurjKhalifa.jpg)
Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa
Pernah anda membayangkan ada orang sanggup membelanjakan lebih RM300,000 semata-mata untuk anjur majlis dedah jantina bayi mereka?
![MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61581937710_sepetangbersama.jpg)
MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya
Sukan Para ASEAN 2020 tidak akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri, tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.