DUA bintang muda meningkat naik, Joachim Chuah dan Aira Azman menjadi sandaran utama negara untuk mencipta kejayaan menerusi acara individu pada Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia yang membuka tirai esok hingga 23 Julai ini.
Jurulatih negara, Andrew Cross percaya kedua-dua anak buahnya itu, yang membuat penampilan terakhir dalam kejohanan berprestij berkenaan, bersemangat tinggi terutama Aira yang hadir sebagai juara bertahan.
“Setakat ini semua berjalan dengan baik di Melbourne. Kami berjaya mendapatkan beberapa sesi latihan yang cukup baik di sini sebelum kejohanan bermula esok dan barisan pemain sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan mereka.
“Mereka (Joachim dan Aira) mahu melakukan yang terbaik memandangkan ini penampilan terakhir mereka di Kejohanan Remaja Dunia, tetapi setiap pusingan akan menjadi lebih mencabar buat mereka,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Sementara itu, Aira yang berpengalaman beraksi pada Kejohanan Berpasukan Remaja Asia dan Piala Dunia, bersedia membimbing rakan sepasukan dalam acara berpasukan.
“Ada antara mereka (rakan sepasukan) yang kurang berpengalaman daripada saya dalam acara berpasukan, jadi saya akan cuba untuk tunjukkan kepada mereka cara melakukannya dan kami akan melakukannya bersama-sama,” katanya.
Turut membarisi skuad negara bagi kategori lelaki Tho Wei Yan, Hashvind Kugan, Low Wa Sern, Nickhileswar Moganasundharam dan Harith Danial Jefri, manakala pemain wanita terdiri daripada Sehveetrraa Kumar, Anrie Goh Chu Yu, Doyce Ye San Lee, Thanusaa Uthrian dan Whitney Wilson
Acara berpasukan bermula pada 24 hingga 29 Julai ini dan Malaysia berazam menamatkan penantian 38 tahun negara untuk bergelar juara remaja dunia berpasukan khususnya dalam kategori wanita. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 18 2023
Aira, yang berpengalaman beraksi pada Kejohanan Berpasukan Remaja Asia dan Piala Dunia, sedia membimbing rakan sepasukan dalam acara berpasukan. - Foto Sinar Harian
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Satelit kayu pertama dihantar ke angkasa
Dinamakan LignoSat, ia mempunyai saiz sebesar tapak tangan dan ia ditugaskan untuk membuktikan kayu adalah bahan gred angkasa.
Dua warga China cedera ditembak di Karachi
Insiden tembakan di Karachi, Pakistan pada Selasa mengakibatkan dua warganegara China cedera. Perkara itu disahkan oleh pihak hospital dan kenyataan pihak polis yang mana ia dipercayai berkaitan dengan siri keganasan melibatkan warganegara China di negara itu baru-baru ini.
Apa yang kita perlu tahu tentang Electoral College?
Mari kita lihat keunikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Kebangkitan sentimen persaingan 'populisma' rakyat
Timbalan Ketua Strategi Ibu Pejabat Asia UNSDSN (Universiti Sunway), Prof Wong Chin Huat berpandangan, persaingan dalam pilihan raya Amerika Syarikat kali ini menyuntik kelainan tersendiri kerana ia bukan lagi menunjukkan sokongan rakyat berdasarkan sayap parti di negara itu. Sebaliknya, keputusan itu nanti mencerminkan kebangkitan sentimen 'populisma terhadap pemimpin yang dilihat berupaya menyumbang secara terus kepada rakyat tanpa bergantung kepada sistem standard tadbir urus.
Aira bawa harapan akhiri penantian 22 tahun negara raih juara remaja dunia
Aira Azman hanya tinggal selangkah sahaja lagi bagi mengakhiri penantian 22 tahun negara untuk meraih gelaran juara Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia.
Sehveetrra cipta kejutan untuk layak ke pusingan keempat Kejohanan Skuasy Remaja Dunia
Pemain muda wanita negara, K. Sehveetrra mencipta sensasi untuk menyertai Aira Azman pada pusingan keempat Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2023 di Melbourne, Australia, hari ini.
Joachim, Aira sandaran utama negara di Australia
Andrew percaya kedua-dua anak buahnya itu bersemangat tinggi terutama Aira yang hadir sebagai juara bertahan.