JERMAN 4 BELARUS 0
Toni Kroos mengakui kekurangan pengalaman dalam skuad Jerman adalah faktor mereka bukan pasukan pilihan dalam saingan Euro 2020, namun dia tidak mengetepikan peluang mereka untuk bergelar juara.
Jerman layak buat ke-13 dalam saingan Euro dengan kemenangan 4-0 ke atas Belarus di Monchengladbach, awal pagi tadi.
Matthias Ginter membuka jaringan pada penghujung separuh masa pertama, sebelum Leon Goretzka menggandakan kelebihan sebelum dua gol daripada Kroos melengkapkan kemenangan skuad bimbingan Joachim Low itu.
Keputusan akhir itu membayangi kesukaran dialami juara dunia 2014 itu, selepas mereka terpaksa bergantung dengan tiga tampanan daripada penjaga gol - termasuk menafikan sepakan penalti yang diambil Igor Stasevich.
Low telah mengetepikan sebilangan besar pemain senior pasukan sejak aksi hambar dalam Piala Dunia 2018, dan Kroos, salah seorang bintang dalam pasukan, berpandangan terdapat ruang yang harus diperbaiki oleh skuad muda Jerman itu.
"Kami masih lagi kurang daripada segi pengalaman, tetapi mula menampilkan peningkatan dalam mutu permainan," katanya, seperti yang dilaporkan UEFA.com.
"Kami akan mengetahui kemampuan kami sejurus sebelum kejohanan bermula. Buat masa ini, saya tidak melihat kami adalah pilihan kejohanan. Tetapi ia tidak bermakna apa-apa."
Seperti Kroos dan Neuer, Ginter merupakan tunjang kemenangan pasukan apabila melakukan lorongan untuk jaringan kedua dan ketiga pasukan selepas membuaktikan jaringan di Borussia-Park, laman keramat buat kelab Borussia Monchengladbach.
Flik yang dilakukan Ginter menjadi jaringan sulungnya buat skuad Jerman, dan Neuer pula berkata "akhirnya".
"Jaringan pertamanya buat Jerman? Selepas 29 perlawanan, sudah tiba masa dia menjaringkan gol," kata Neuer. "Dia telah menyempurnakannya dengan penuh bergaya."
Tambah Ginter, "Menjaringkan gol itu sebagai seorang pemain pertahanan -- membuktikan tiada apa yang mustahil. Betul kata Neuer, selepas 29 perlawanan, akhirnya saya menjaringkan gol.
"Menjaringkan gol di Gladbach melengkapkan kegembiraan saya."
Astro Arena
Sun Nov 17 2019

Toni Kroos (tengah) meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga untuk pasukan Jerman pada pusingan kelayakan Euro 2020 Kumpulan C antara Jerman dan Belarus di Borussia-Park, Moenchengladbach, Jerman, 16 Nov, 2019. REUTERS
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Pilihan Raya Presiden bermula di Belarus
Pilihan Raya Presiden bermula di Belarus pada Ahad dengan pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi (0500 GMT) dan ditutup pada pukul 8 malam (1700 GMT).

Pakistan dan Belarus meterai 15 perjanjian, desak henti serangan di Gaza, Lubnan, Syria
Isu Ukraine dan Palestin turut menjadi tumpuan dalam perbincangan antara Pakistan dan Belarus.

Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.

Perisikan AS dapat petunjuk awal pemberontakan tentera Wagner
Agensi perisik AS mengesan beberapa petunjuk mendakwa Yevgeny Prigozhin sedang bersiap sedia menentang pertahanan Moscow.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kelayakan Euro 2024: Ukraine dapat 'lampu hijau'
Ukraine akan terus beraksi dalam kempen Kelayakan Euro 2024 meskipun sebelum ini dilarang daripada menyertai sebarang kejohanan yang membabitkan penyertaan wakil dari Rusia dan Belarus.

Rusia tempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, pertama kali sejak 1990-an
Rusia bakal tempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus, kali pertama sejak 1990-an.

Biaya protes antikerajaan, Pemenang Hadial Nobel 2022 dipenjara 10 tahun
Ales Bialiatski dan rakan-rakannya dituduh menyalurkan dana Viasna kepada tahanan politik dan membantu membayar yuran guaman mereka.

Krisis Rusia-Ukraine: Zelenskyy rayu Belarus tidak bekerjasama dengan Rusia
Kepimpinan Rusia kini cuba untuk mengajak rakyat Belarus dalam peperangan dan menyemai kebencian terhadap Ukraine.

Lebih 60 atlet Rusia, Belarus dihalang sertai maraton Boston
Bagaimanapun, rakyat di kedua-dua negara yang tinggal di luar negara boleh menyertai acara itu dengan syarat tidak menggunakan bendera negara asal mereka.