MADRID: Pemain bola sepak wanita Sepanyol, Jennifer Hermoso, membuat aduan rasmi berkaitan insiden dicium Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales.
Ketika majlis penyerahan pingat di Sydney pada 20 Ogos lalu, Rubiales didakwa mencium Hermoso di bibir selepas pasukannya memenangi Piala Dunia Wanita, tanpa kerelaannya.
Sebelum ini Rubiales mendakwa ciuman itu atas kerelaan kedua-dua belah pihak namun beliau telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
Aduan tersebut bermakna Rubiales mungkin berdepan dakwaan jenayah.
"Pejabat Pendakwa Raya akan mengemukakan aduan secepat mungkin.
"Keterangan Hermoso telah dirakam di pejabat Peguam Negara bagi melindungi privasi mangsa," kata Pejabat Pendakwa Raya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada 29 Ogos lepas, pihak pendakwa raya Sepanyol telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti jika insiden berkenaan boleh diklasifikasikan sebagai serangan seksual.
Di sebalik skandal yang melibatkan Rubiales itu juga, ketua jurulatih yang membantu Sepanyol memenangi Piala Dunia Wanita, Jorge Vilda, turut dipecat Selasa lalu.
Astro Awani
Thu Sep 07 2023

Pemain bola sepak wanita Sepanyol Jennifer Hermoso ketika perlawan Kumpulan C Piala Dunia Wanita menentang Jepun di Wellington, New Zealand. - Foto fail/AP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piala Dunia Wanita: Rubiales enggan mohon maaf atas tindakan cium Hermoso
Rubiales sebaliknya terus mengekalkan ciuman itu 'telah dipersetujui'.

Jenni Hermoso buat aduan rasmi terhadap ciuman Luis Rubiales
Rubiales mendakwa ciuman itu atas kerelaan kedua-dua belah pihak namun beliau telah digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Cium pemain: FIFA gantung presiden bola sepak Sepanyol
Luis Rubiales digantung sementara oleh FIFA berikutan tingkah laku presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) itu dalam perlawanan akhir Piala Dunia Wanita minggu lalu.

FIFA mulakan prosiding tindakan disiplin ke atas Rubiales
FIFA telah memulakan prosiding tindakan disiplin ke atas Presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol, Luis Rubiales.

Presiden Bola Sepak Sepanyol minta maaf cium bintang Piala Dunia Wanita
Luis Rubiales dirakam mencium bibir Jenni Hermoso ketika upacara penyerahan pingat di Sydney.