Pengarah teknikal Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards menyangkal tuduhan kononnya kelab itu berminat untuk menandatangani kontrak dengan pemain prolifik Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid tanpa persetujuan Kedah FA.
Edwards, bagaimanapun, mendedahkan bahawa juara Liga Super itu, tidak menawarkan apa-apa kontrak kepada pemuda berbakat berusia 19 tahun itu kerana mereka sedar bahawa pemain tersebut masih dalam kontrak dengan Kedah FA sehingga akhir tahun depan.
"Kami kesal dengan tuduhan itu hanya kerana seorang pemain mahu menamatkan kontraknya. Sekiranya Akhyar tidak terikat, dia bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab yang dia mahu termasuk JDT," katanya dipetik sebagai berkata dalam catatan terkini dalam halaman Facebook JDT, 'Johor Southern Tigers'.
Beliau menjawab beberapa laporan berita bahawa Muhammad Akhyar ingin menamatkan kontrak dengan kelabnya sekarang memandangkan beberapa kelab kini berminat untuk mendapatkan perkhidmatannya berikutan prestasinya yang luar biasa dengan skuad senior negara dan juga skuad muda kebangsaan termasuk skuad bawah 19 tahun.
Muhammad Akhyar membawa kesnya itu ke Persatuan Bola Sepak Malaysia, beberapa hari lalu selepas beliau dan FA Kedah gagal mencapai persetujuan dan FAM dijangka membuat keputusan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 24 2018

Muhammad Akhyar dilaporkan ingin menamatkan kontrak dengan kelabnya sekarang memandangkan beberapa kelab kini berminat untuk mendapatkan perkhidmatannya berikutan prestasinya yang luar biasa. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemain skuad utama JDT disahkan kekal bersama kelab itu
Berita gembira pastinya untuk semua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini selepas pasukan itu mengumumkan semua pemain skuad utama kekal bersama kelab itu, hari ini.

JDT umum pemain baharu dari Sepanyol esok
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk kempen saingan Liga Malaysia 2022.

Harimau Selatan sambar pemain kacukan Nathaniel Shio
Perkembangan pemain berusia 20 tahun itu, yang layak mewakili Malaysia melalui ibunya yang lahir di Johor, dibuat malam tadi.

JDT hormat keputusan kerajaan tidak benarkan mereka ke Doha
Kelab bola sepak Johor menghormati tindakan kerajaan tidak membenarkan pasukan itu ke Doha untuk AFC 2020 atas faktor keselamatan.

JDT nafi dakwaan mahu bawa masuk Muhammad Akhyar
Edwards mendedahkan bahawa juara Liga Super itu tidak menawarkan apa-apa kontrak kepada pemuda berbakat berusia 19 tahun itu kerana mereka sedar dia masih dalam kontrak dengan Kedah FA.

'Tak logik kami tak mampu bayar gaji Mario Gomez' - TMJ sindir dalam sinis
Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, turut mendakwa tuduhan Gomez sebagai 'merapu'.

Benjamin Mora 'turun pangkat', kembali latih JDT II
Pengarah Sukan JDT, Alistair Edwards mengesahkan perkembangan terbaru itu dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook kelab berkenaan, Johor Southern Tigers, hari ini.

Perjanjian 'gentlemen' oleh JDT tidak harus dipersoal - Edwards
Perjanjian 'gentlemen' yang diperkenalkan oleh JDT tidak harus dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.

JDT buru pemain baharu
Juara Liga Super musim lepas, Johor Darul Ta'zim (JDT) merancang mendapatkan beberapa lagi pemain baharu dalam usaha menjadi pasukan pertama menjuarai liga itu tiga tahun berturut-turut.

Johot DT yakin ungguli kelompok kumpulan Watson Piala Malaysia 2013
Johor Darul Takzim (Johor DT) yakin mampu mengungguli kelompok kumpulan pada Watson Piala Malaysia 2013 dengan melakukan persiapan rapi melalui perlawanan persahabatan.