“No comment (tiada komen),” tulis Tunku Ismail ringkas dalam hantaran di akaun media sosial baginda.
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis “Why comment? Just win baby…”
Dalam satu perkongsian lain, baginda menulis: "We don't talk, play victim, create drama, conspiracy and making empty promises - We "WIN"..." dan "Allah sentiasa membantu, memihak kepada orang yang benar dan dianiaya. Alhamdulillah".
Sebelum ini, JDT mengundang seribu persoalan dalam kalangan wartawan sukan apabila pembantu jurulatih Jose Lopez dan pemain pertahanan Junior Estdal hanya menjawab 'tiada komen' dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Jumaat.
Pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, d sini, malam tadi, JDT berjaya mempertahankan kejuaraan Piala FA tiga kali berturut-turut selepas membelasah Selangor FC 6-1.
Gol JDT dijaringkan oleh Juan Muniz pada minit ke-26, 27 dan 89, Arif Aiman Hanapi (m-42) dan Bergson Da Silva (62) dan Heberty Fernandes (76) manakala gol saguhati Gergasi Merah dijaringkan oleh Alvin Fortes (59).