Sebaliknya, Gomez hanya mahu meraikan kejayaan JDT mara ke peringkat suku akhir dan menempuhi 40 perlawanan tanpa tewas.
"Kami sudah layak ke suku akhir dan kami sentiasa mencari kemenangan tetapi kami hampir tewas semalam.
Apapun sasaran kami tercapai dimana kami sudah hadapi 40 perlawanan tanpa kalah," katanya.
JDT merehatkan beberapa tonggak utama daripada kesebelasan utama pasukan, bagi mengelak risiko kecederaan di peringkat suku akhir.
Sebelum sepak mula, tonggak tengah JDT dari singapura, Hariss Harun menerima anugerah pemain tebaik Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2015 dan hadiah disampaikan sendiri rakan sepasukannya, Luciano Figueroa.
JDT meraih beberapa peluang awal, namun jentera serangan yang diterajui Amri Yahyah dan Safee Sali seakan sukar menembusi benteng lawan, yang dikemudi baik Ronny Harun.
Tuan rumah hanya berjaya memecah kebuntuan perlawanan pada minit 38 apabila Amirul Hadi Zainal bijak menyempurnakan gerakkan yang diilhamkan Safee.
Masuk babak kedua, Sarawak mengemaskan corak permainan dan hasilnya, Nyema Patrick berjaya meraih jaringan penyamaan minit 49.
JDT memiliki peluang meraih jaringan kemenangan ketika perlawanan berbaki tiga minit, namun dihampakan penyudah lemah Amri.
Sementara jurulatih sementara Sarawak, David Usop berkata: "Ini perlawanan amat penting untuk kami dan kami tidak mahu mengharapkan keputusan pasukan lain untuk menentukan nasib kita.
"Jadi kami bersungguh-sungguh untuk kekal fokus, berdisiplin dan seperti kami jangkakan satu kesilapan akan memberi peluang kepada JDT. Bagaimanapun, kami mampu bangkit pada separuh masa kedua."