KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelab berkenaan bukan penjara bagi mana-mana pemain.
Dalam masa sama, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata, JDT juga tidak menghalang mana-mana pemain yang mahu beraksi di luar negara.
Bahkan, JDT juga, dedah Tunku Ismail, belum menerima tawaran daripada kelab lain untuk mendapatkan pemain muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.
.
"Kalau siapa nak (pemain JDT), bagi tawaran, duit yang mana kami boleh hasil daripada pendapatan itu dan kelab bola sepak kami bukan penjara. Siapa yang nak ke luar negara mereka boleh ke luar negara," katanya dalam satu video temu bual di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, pada Khamis.
Sementara itu, Tunku Ismail turut berpendapat, tidak semestinya pemain yang berkelana ke luar negara adalah bagus.
Ini kerana, jelas beliau, terdapat bukti beberapa pemain tempatan yang pernah beraksi di luar negara jelas tidak berupaya memberi impak terhadap prestasinya dan juga pasukan kebangsaan.
Dalam perkembangan ini, Tunku Ismail menyenaraikan nama antaranya, Titus James yang pernah beraksi di Perancis, Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili kelab Iceland, Njardvik dan bekas pemain kelab divisyen tiga Jepun, Azul Claro Numazu iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak.
Justeru, kata beliau, peminat bola sepak tempatan sebaliknya perlu melihat tahap kualiti liga serta perlawanan di negara pemain tersebut bermain sebelum menyanjungi mereka yang beraksi luar daripada Malaysia.
"Saya bagi contoh Titus James dahulu main di Perancis, begitu lama apa sumbangan kepada pasukan kebangsaan, sama juga dengan Luqman. Sekarang kesian juga saya tengok kerana dia adalah pemain baik, sikap baik tetapi kualiti perlawanan, minit atau peluang di Eropah, Korea atau Jepun juga bukan senang.
"Jika tengok Hadi Fayyadh, mula-mula pergi Jepun tetapi sekarang main dengan Perak FC." katanya.
"Setakat dapat pengalaman duduk dalam negara sejuk lepas itu balik tiada apa-apa, jadi penyokong perlu realisitik dan nilai benda ini kerana kami dalam industri bola sepak tidak setuju idea main luar negara bagus, itu bagi saya tidak logik," kata beliau lagi.
Sehubungan itu, TMJ berkata, JDT sangat mementingkan kualiti termasuk perlawanan persahabatan kerana ia dapat memberi pengajaran berguna kepada pemain.
"Anda boleh lihat sendiri kualiti perlawanan persahabatan kami mi bukan lawan calang-calang pasukan. Kami lawan Borussia Dortmund, Zenit St Petersburg, Lokomotiv Moscow dan Spartak Moscow di mana pemain-pemain kami boleh belajar," katanya.
Dalam pada itu, Tunku Ismail berharap agar pemain JDT dapat mengekalkan konsistensi sepanjang musim ini selepas mendahului Liga Super 2023 dengan mengekalkan rekod bersih selepas tujuh perlawanan sejak saingan liga bermula Februari lalu.
Katanya, menghantar pasukannya menjalani persiapan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum saingan 2023 bermula merupakan kunci kejayaan Harimau Selatan ketika ini.
Astro Awani
Thu Apr 06 2023
Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan, kelab berkenaan bukan penjara bagi mana-mana pemain. - Foto Facebook/JOHOR Southern Tigers
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 5 Oktober 2024
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan membabitkan 10 peruntukan undang-undang
2️⃣ KDN sahkan seorang anggota polis terlibat
3️⃣ Projek sakit dijangka siap menjelang hujung 2024
#awaniringkas
Serangan gajah: Perhilitan terus pantau Kampung Basung
Perhilitan Terengganu akan meneruskan pemantauan di Kampung Basung di Kuala Berang bagi mengesan gajah liar yang menyebabkan kematian warga emas hari ini.
Ekonomi penjagaan berpotensi hasil pendapatan baharu untuk negeri - Saarani
Kerajaan Perak melihat potensi ekonomi penjagaan sebagai satu daripada pendapatan baharu yang berdaya maju untuk negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
ATM lakukan siasatan penuh insiden di Wisma Transit
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan siasatan penuh berkenaan insiden kekecohan yang berlaku di Wisma Transit, Kuala Lumpur membabitkan warga Palestin baru-baru ini.
JKNK akan dapatkan bantuan negeri lain jika berlaku banjir luar jangka
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mendapatkan bantuan khidmat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) dari negeri lain sekiranya mengalami banjir luar jangka tahun ini.
PR1MA: Projek sakit dijangka siap menjelang hujung tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi jaminan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang dikategorikan sebagai ‘projek sakit’ atau bermasalah di seluruh negara akan disiapkan menjelang hujung tahun ini.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.
AWANI Borneo [05/10/2024] - Kes tembak di Song | Tingkat fasiliti | Hala tuju SMJ
AWANI Borneo Sabtu, 5 Oktober 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
KDN sahkan seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Sarawak.
Sektor penting di Sabah tunjuk hasil positif, landasan tepat.
KDN sahkan seorang anggota polis terlibat kes tembakan di Song.
Rangkaian pusat kanser diperluas di Sarawak.
Sektor penting di Sabah tunjuk hasil positif, landasan tepat.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
Johor yang pertama tandatangan perjanjian serah negeri kepada British - Tun M
Perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu bergabung dalam UMNO dan membantah serta menolak Perjanjian MacMichael dan Malayan Union.
'Saya tak boleh dibeli, dijolok-jolok dengan projek untuk diam' - TMJ
Tunku Ismail tidak gentar untuk terus lantang bersuara demi kepentingan rakyat Johor.
Tidak wajar kaitkan kes pukul OKU dengan Institusi Diraja - Pemangku Sultan Johor
Baginda menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berhubung kejadian tersebut.
PDRM terima laporan OKU dakwa dipukul pengawal peribadi diraja
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar
Baginda berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera siasat kes tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
TMJ bidas Selangor FC, tegaskan JDT sentiasa jadi pilihan
Tunku Ismail menegaskan JDT sentiasa menjadi pilihan pertama untuk mana-mana pemain beraksi di Liga Malaysia (Liga-M).
Tunku Ismail mampu bawa Johor capai status negeri maju 2030 - MB
Tunku Mahkota Johor mempunyai visi dan keupayaan memacu hala tuju pembangunan negeri ini selari dengan aspirasi ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.