Peminat sukan bermotor di negara ini mendapat hadiah istimewa hujung minggu ini apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar dan Hafizh Syahrin Abdullah.
Dua pelumba terbaik negara itu akan menjayakan Perlumbaan Pertunjukan Petronas Motorsport di Jalan P. Ramlee dan Jalan Ampang, di sini, sempena edisi ke-15 Formula One (F1) Grand Prix Malaysia.
Malaysia akan menjadi tuan rumah pusingan kedua Kejohanan F1 Dunia di Litar Antarabangsa Sepang dari 22 hingga 24 Mac.
Dalam kenyataan Jumaat, Petronas Motorsport berkata perlumbaan pertunjukan itu diadakan untuk membawa perlumbaan F1 dan sukan bermotor serba pantas, yang melibatkan jentera dua roda dan empat roda, ke jalan raya untuk tontonan orang ramai.
Jazeman, 19, naib juara British F3 International Series tahun lepas, akan mengetuai demonstrasi sukan bermotor itu.
Pelumba muda ini bertuah kerana mendapat peluang sekali seumur hidup untuk mempamerkan bakatnya dengan memandu kereta demo Mercedes AMG Formula One Team.
Sementara itu, Hafizh Syahrin, yang membuat kejutan melalui penyertaan secara wildcard pada perlumbaan Moto2 dengan menduduki tempat keempat pada MotoGP Grand Prix Malaysia tahun lepas, akan mempamerkan kemahiran luar biasanya dengan menunggang jentera replika Moto2nya.
Selain mereka, pertunjukan itu akan turut dijayakan dua pemandu Pembangunan Bakat Petronas, Afiq Ikhwan Yazid dan Nabil Jeffri.
Pertunjukan itu juga akan melibatkan penyertaan pelbagai pasukan yang terletak di bawah portfolio Petronas Motorsport.
Antaranya ialah Petronas Hong Leong Yamaha, Petronas Syntium Moto AHM dan Petronas Yamaha-CKJ dari Petronas Asia Road Racing Championship (ARRC) dan Kejohanan Cub Prix Petronas AAM Malaysia.
Bernama
Sat Mar 16 2013
Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.
Perak teroka pasaran halal global - Menteri Besar
Perjanjian dimeterai antara Leiner Gelatine dan Ladang Lekir dalam usaha menjadikan Perak pemain utama pengeluaran produk halal.
8 terbunuh, 2,750 cedera akibat letupan di seluruh Lubnan
Hospital di Beirut, Saida dan Tyre dipenuhi dengan individu yang cedera.
Tindak balas antarabangsa bantu mangsa Taufan Yagi di Myanmar diperlukan
Taufan Yagi melanda utara Myanmar pada 10 September, menyebabkan banjir teruk, tanah runtuh dan kemusnahan meluas di seluruh negara.
Populasi warga emas berusia 100 tahun di Jepun melebihi 95,000
Bilangan penduduk berusia sekurang-kurangnya 100 tahun di Jepun dianggarkan mencecah 95,119 orang pada September.
Pantai Port Dickson tumpuan pengunjung musim cuti sekolah
Pantai peranginan di Port Dickson menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh pelosok negeri untuk berkelah bersama keluarga sempena musim cuti persekolahan ini.
Malaysia melihat kemampanan industri nadir bumi dengan potensi semakan perundangan
Ia untuk menilai keperluan pelarasan bagi pengawasan cekap sektor unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).
23 projek rumah mampu milik akan dibina menerusi RMK-12
Kesemua projek berkenaan akan menyediakan lebih 7,000 unit RMM, yang dibina khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40).
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Jazeman, Hafizh Syahrin di demo Petronas Motorsport
Peminat sukan bermotor di negara ini mendapat hadiah istimewa hujung minggu ini apabila berpeluang menonton dari dekat aksi pelumba handalan Malaysia, Jazeman Jaafar dan Hafizh Syahrin Abdullah.