SLOVAKIA 1 REPUBLIK CZECH 2

Jaringan cantik Patrik Schick memberi kemenangan kepada Republik Czech dalam perlawanan Liga Negara-negara UEFA menentang Slovakia pada Sabtu.

Gol dijaringkan hanya beberapa minit selepas pemain berusia 22 tahun itu menggantikan Michael Krmencik yang menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-52.

Slovakia bangkit selepas gol pertama itu menerusi Marek Hamsik yang melepasi Tomas Vaclik.

Apa yang membuatkan kemenangan itu lebih manis adalah, ini perlawanan pertama yang dikendali bekas penolong jurulatih pasukan kebangsaan, Jaroslav Silhavy.

Kemenangan ini membolehkan Republik Czech mengutip mata pertama dalam aksi Liga Negara-negara UEFA itu.