JAM atom pertama dibina pada tahun 1949 oleh saintis di Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) bagi menentukan waktu yang lebih tepat.
Kini penyelidik dari NIST dan Universiti Colorado Boulder telah menghasilkan jam atom baharu yang lebih tepat dengan ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun ia beroperasi.
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.
Untuk mencapai tahap kejituan yang lebih tinggi ini, atom sesium yang digunakan pada jam sebelum ini digantikan dengan atom strontium.
Sesium bergetar 9,192,631,770 kali sesaat manakala strontium bergetar 429 trilion kali sesaat.
Untuk mengira getaran sesaat ini, gelombang cahaya dipancarkan pada atom strontium di dalam kebuk hampagas.
Dengan jam atom baharu ini sudah beroperasi, komuniti sains dunia kini bersedia untuk mentakrifkan semula unit asas untuk satu saat yang digunakan sejak 1967.
Ini akan membolehkan ujikaji pada skala kuantum dilakukan dengan kejituan perkiraan masa lebih tinggi.
Di luar makmal, sistem GPS yang lebih tepat akan dapat dibangunkan. Ia juga berguna untuk manusia mengembara angkasa lepas di masa hadapan. -Amanz
Amanz
Fri Jul 05 2024
Penyelidik dari NIST dan Universiti Colorado Boulder berjaya menghasilkan jam atom baharu yang lebih tepat dengan ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun ia beroperasi. -Amanz
Kepimpinan Prabowo dijangka perkukuh produk minyak sawit
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Menurut profesor daripada Universiti Pertanian Bogor (IPB), Rachmat Pambudy, adalah perlu untuk mempunyai dasar perlindungan dan promosi bagi minyak sawit.
Ribuan warga Perancis protes Parlimen gantung di Paris
Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Paris pada Ahad sebagai protes terhadap parti haluang paling kanan, selepas pusingan kedua pilihan raya yang menyebabkan Parlimen digantung.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
Ia susulan pakatan berhaluan kiri yang tidak dijangka mendapat kerusi paling banyak dalam pilihanraya Perancis.
PM Perancis akan serah peletakan jawatan pada Isnin
Perdana Menteri Perancis Gabriel Attal pada Ahad BERKATA beliau akan menyerahkan peletakan jawatannya kepada Presiden Emmanuel Macron pada pagi Isnin.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Tambah Gabriel, beliau akan menjalankan tugasnya selagi diperlukan.
Penunjuk perasaan Israel protes di kediaman Netanyahu
Ratusan penunjuk perasaan berkumpul di Baitulmaqdis berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menuntut perjanjian pembebasan tebusan di Gaza dan menggesa pilihan raya diadakan, pada Ahad.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153.
Perkara itu dimaklumkan Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad dimana hanya dalam tempoh 24 jam lepas, 55 orang terbunuh dan 123 yang lain cedera angkara serangan tentera Israel.

Penduduk Gaza diarah rejim zionis meninggalkan kediaman
Penduduk Gaza diarahkan rejim zionis untuk berpindah daripada kediaman mereka pada Ahad.
Tindakan kejam itu menyebabkan puluhan keluarga tertindas bergerak ke lokasi lain di barat dan selatan bandar Gaza.
Tindakan kejam itu menyebabkan puluhan keluarga tertindas bergerak ke lokasi lain di barat dan selatan bandar Gaza.
Ribuan warga Perancis protes parlimen gantung di Paris
Ia susulan pakatan berhaluan kiri cipta keputusan mengejutkan, memperoleh kerusi paling banyak dalam pilihan raya Perancis.
Pegawai kanan Hamas terkorban dalam serangan Israel
Ehad Al-Ghussein dilantik Hamas untuk mentadbir kawasan Bandar Gaza dan bahagian utara bandar berkenaan tiga bulan lalu.
Enam jam kaki tersepit di batu sungai
Mangsa telah dihantar ke Klinik Kuala Balah untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki maut motosikal rempuh kereta
Mangsa lelaki berusia 32 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.
Jam atom paling tepat dibina, hanya ralat 1 saat setiap 30 bilion tahun
Ini adalah kejituan lebih tinggi berbanding ralat 1 saat setiap 300 juta tahun pada jam atom sebelum ini.