LEGENDA badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek tidak menolak kemungkinan untuk menjadi calon bagi menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) susulan pengumuman peletakan jawatan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sebagai presiden akhir tahun ini.
Jalani yang juga Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri berkata, beliau bersedia demi kebaikan sukan dan badminton negara.
“Tanggapan orang bahawa saya ada tokoh kepimpinan, saya tidak boleh tolak kerana itu pandangan mereka.
“Bagi saya tiada masalah (Presiden BAM) demi untuk sukan dan kebaikan badminton negara,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Jalani menjelaskan bagi menguruskan sebuah organisasi besar seperti BAM perlu wujud persefahaman yang utuh dalam kalangan pihak pengurusan, barisan kejurulatihan serta pasukan teknikal.
“Seperti BAM, Tan Sri (Norza) menguruskan dana serta penajaan. Barisan kejurulatihan pakar dalam bidang teknikal. Mereka ada model tertentu dalam proses untuk melahirkan juara.
“Persefahaman yang baik dalam kalangan pihak berkenaan mampu menjadikan organisasi itu berjaya dan para pemain berupaya meraih kejayaan di pentas antarabangsa.
“Pemain berjaya dan menang banyak kejohanan, duit serta penajaan akan masuk (ke kantung BAM),” katanya.
Norza sebelum ini membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan melepaskan jawatan badan induk badminton negara tersebut pada hujung tahun ini.
Keputusan itu menyaksikan Norza bakal mengosongkan kerusinya lebih awal berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024 seperti yang diumumkannya pada 15 Julai lalu.
Panel Penasihat BAM, Roslin Hashim berpandangan badan induk badminton negara itu perlu dipimpin oleh individu yang memiliki pengalaman dalam sukan tersebut.
Malah, Roslin secara terbuka menamakan Jalani yang juga Penasihat Teknikal BAM sebagai antara individu yang layak memimpin persatuan berkenaan.
Malah kualiti kepimpinan dan pengalaman pengurusan dimiliki bekas jaguh beregu lelaki negara itu mampu menjadi aset terbaik untuk melayakkannya menjadi calon Presiden BAM.
Perkara itu diakui oleh penganalisis sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa yang percaya bekas pemain berusia 59 tahun itu bersedia untuk mempelajari selok-belok pengurusan badan induk sukan berprestasi tinggi seperti BAM. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 10 2023

Jalani berkata, bagi menguruskan sebuah organisasi besar seperti BAM perlu wujud persefahaman yang utuh dalam kalangan pihak pengurusan, barisan kejurulatihan serta pasukan teknikal. - Gambar fail BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.