LEGENDA badminton negara, Datuk Seri Jalani Sidek berpeluang menerajui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya mendapat pencalonan daripada ahli gabungan badan induk itu.
Menurut sumber, Jalani perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu pencalonan untuk menjadi calon bagi menjawat jawatan Presiden BAM yang baharu.
Malah, beliau memberitahu, pencalonan juga boleh dibuat oleh presiden ketika ini, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk mendapat persetujuan daripada ahli majlis BAM.
“Selain ahli majlis dan naib presiden, orang luar juga boleh menjadi calon (presiden) tetapi dengan syarat mendapat minimum satu pencalonan.
“Dua Timbalan Presiden BAM, Setiausaha BAM serta presiden setiap persatuan negeri akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pengganti Norza yang akan melepaskan jawatannya hujung tahun ini.
“Mesyuarat itu juga akan disertai oleh ahli majlis BAM yang terdiri daripada 15 setiausaha persatuan badminton negeri,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebagai rekod, struktur organisasi BAM ketika ini terdiri daripada seorang presiden, dua timbalan presiden dan semua naib presiden yang terdiri daripada presiden persatuan badminton negeri termasuk Putrajaya.
Sumber itu memberitahu, sudah menjadi amalan BAM sejak sekian lama pemilihan presiden berlangsung dalam suasana harmoni tanpa pertandingan.
“Bagaimanapun, pemilihan presiden itu haruslah menerusi persetujuan bersama semua ahli majlis dan presiden persatuan badminton negeri,” ujarnya.
Beliau berkata, persetujuan tersebut dicapai menerusi proses rundingan dan perbincangan sebelum dimuktamadkan pada mesyuarat agung tahunan (AGM) atau mesyuarat agung luar biasa (EGM).
“Sekiranya ada satu atau dua ahli majlis tidak bersetuju dengan calon itu, maka mereka akan berbincang secara baik dan harmoni untuk mencapai kata sepakat,” ujarnya.
Pada Khamis lalu, Sukan Sinar melaporkan Jalani tidak menolak kemungkinan bersedia menerajui BAM susulan peletakan jawatan Norza sebagai presiden akhir tahun ini.
Pada masa sama, sumber itu turut menjelaskan, 'orang luar' juga boleh dipilih untuk memegang satu daripada dua jawatan Timbalan Presiden BAM.
“Misalnya, Datuk Wira Lim Teong Kiat yang tidak memegang jawatan dalam mana-mana persatuan badminton negeri dipilih sebagai Timbalan Presiden BAM pada 2017,” jelasnya.
Astro Arena
Sun Aug 13 2023

Menurut sumber, Jalani perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu pencalonan untuk menjadi calon bagi menjawat jawatan Presiden BAM yang baharu. - Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Keluarga Sidek disaran terajui BAM
BAM seharusnya diterajui oleh individu yang sememangnya pakar seperti keluarga Sidek untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan tersebut di negara ini.

Jalani kecam Team LZJ, patut bersyukur peluang berlatih di ABM
Jalani berkata Zii Jia sepatutnya bersyukur dengan peluang diberikan BAM yang membuka pintu buat pemain profesional berlatih di ABM.

Jalani sedia terajui BAM
Presiden Kelab Badminton Nusa Mahsuri itu berkata, beliau bersedia demi kebaikan sukan dan badminton negara.

Zii Jia akan bangkit semula - Jalani
Hanya masa menentukan Zii Jia akan kembali 'garang' di gelanggang memandangkan pemain itu memiliki corak permainan yang bagus, kata Jalani.

Tak cukup ampuh!
Ia punca utama Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik gagal menyumbang mata penting ketika aksi terakhir Kumpulan D menentang Jepun dan saingan suku akhir berdepan Indonesia.

Raja Azmi selamat dinikahkan
Penerbit filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Mohd Eddie Ghazali, 45, tepat jam 9.18 malam tadi di Laman Santai, Istana Budaya