JAGUH berbasikal Britain, Mark Cavendish mengumumkan bakal bersara daripada saingan profesional pada penghujung tahun ini.

Cavendish, yang meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada Ahad lalu, mengumumkan perkara berkenaan dalam satu sidang media sewaktu hari rehat perlumbaan Giro d'Italia semalam.

Dia berkata: "Saya sememangnya gemar berlumba di setiap kilometer perlumbaan ini setakat ini, jadi saya rasa ia adalah masa yang sempurna untuk mengatakan bahawa ini adalah Giro d’Italia terakhir buat saya dan 2023 akan menjadi musim terakhir saya sebagai pelumba basikal profesional."
 


*Artikel disiarkan di Stadium Astro