GANDINGAN beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mencipta kejutan melangkah ke final Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China.
Izzuddin-Sze Fei melangkah penuh bergaya menyingkirkan gandingan senegara yang juga pilihan keempat kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi separuh akhir pada Sabtu.
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.
Ia menyaksikan Izzuddin-Sze Fei berjaya meneruskan rentak memukau mereka apabila sebelum ini turut mencipta kejutan menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae pada pusingan pertama.
Kemudian, gandingan itu mara ke suku akhir selepas wakil China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu terpaksa menarik diri akibat kecederaan selepas perlawanan berlangsung dua set.
Pada aksi suku akhir, mereka sekali lagi mencipta sensasi menyingkirkan juara Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi Lin.
Izzuddin-Sze Fei akan menanti pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara beregu Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan dan pilihan ketiga kejohanan dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 13 2024

Izzuddin-Sze Fei melangkah penuh bergaya menyingkirkan gandingan senegara yang juga pilihan keempat kejohanan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dalam aksi separuh akhir pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Badminton: Kejutan Nur Izzuddin-Sze Fei di Terbuka Singapura
Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mengejutkan pasangan nombor lapan dunia, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi apabila mara ke suku akhir Terbuka Singapura.

Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan ke final BAC
Beregu di ranking ke-19 dunia itu menewaskan Aaron-Wooi Yik, 21-14 dan 21-18 dalam pertarungan selama 40 minit.

Terbuka Denmark: Beregu negara Nur Izzuddin-Sze Fei cipta kejutan tumbangkan beregu Indonesia
Beregu lelaki negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei, mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan pemenang Piala Thomas 2020, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, untuk mara ke separuh akhir.