Berdepan beregu pilihan keempat kejohanan, pasangan negara bermula baik sejak awal permainan apabila meraih dua mata pertama dan sebaik kedudukan terikat 4-4, Nur Izzuddin dan Sze Fei tidak pernah ketinggalan sebelum memenangi set pertama 21-18.
Perlawanan menjadi semakin sengit dalam set kedua, di mana kedua-dua beregu saling berkejaran mata sehingga satu ketika Nur Izzudin dan Sze Fei ketinggalan 8-12.
Bagaimanapun, rentak konsisten yang dipamerkan -- selain siri kesilapan mudah yang dilakukan pihak lawan -- pasangan negara itu menamatkan cabaran selama 34 minit berkenaan dengan kemenangan 21-17 dalam set kedua.
Sumber Facebook BAMalaysia