MARCUS Rashford menafikan dakwaan mengarut bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran 500,000 pound (RM2.72 juta) seminggu untuk kekal di Manchester United.
Kontrak pemain kebangsaan England itu, yang menjaringkan 27 gol daripada 44 perlawanan musim ini, akan tamat pada penghujung musim depan.
Menurut media British, Daily Star, masa depan Rashford bersama United menjadi tidak menentu disebabkan proses penjualan kelab itu selain permintaan gajinya yang terlalu tinggi.
Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu membalas kiriman artikel berkenaan secara langsung menggunakan akaun Twitter peribadinya untuk menafikan perkara itu.
"Sebelum perkara ini berpanjangan, ia benar-benar mengarut," tulisnya dalam Twitter.
"Kelab ini dan diri saya amat menghormati satu sama lain dan ia akan kekal seperti itu.
"Fokus saya hanyalah untuk menamatkan musim sebaik mungkin dalam liga dan memenangi trofi."
Rashford menambah dalam Instagram: "Satu lagi berita palsu bertebaran mengenai penasihat saya dan saya meminta-minta. Ia benar-benar mengarut.
"Sasaran saya bersama kelab ini adalah untuk menamatkan liga di kedudukan tertinggi yang kami mampu dan saya akan mencuba untuk memenangi satu atau dua piala." -- Stadium Astro
Astro Arena
Thu Mar 30 2023
Kontrak pemain kebangsaan England itu, yang menjaringkan 27 gol daripada 44 perlawanan musim ini, akan tamat pada penghujung musim depan. - Fail/REUTERS
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Solskjaer tak minat bawa Marcus Rashford ke Besiktas
Solskjaer diumumkan sebagai pengurus baru kelab Turkiye itu minggu lalu.
Spekulasi tinggalkan Old Trafford: Amorim salahkan penasihat Rashford
Rashford dalam satu temu bual seakan mahukan 'cabaran baru' selepas diketepikan daripada perlawanan awal bulan ini.
Neville sokong tindakan keras gugurkan Rashford, Garnacho
Ketiadaan Rashford dan Garnacho itu menjadi topik hangat sebelum sepak mula.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
UCL: Kad merah Marcus Rashford ubah nasib Man Utd di Copenhagen
Pertemuan bermula dengan jaringan Rasmus Hojlund tetapi berakhir dengan kekalahan yang dicetuskan oleh kad merah Marcus Rashford.
EPL: Marcus Rashford diberi kata dua kunjungi kelab malam
Pemain tempatan itu sekadar menyumbangkan satu gol buat The Red Devils untuk permulaan terburuk.
EPL: Marcus Rashford kekal lima tahun lagi di Manchester United
Pemain berusia 25 tahun itu hadir daripada program pembangunan di Old Trafford dan berkembang pesat untuk kini menjaringkan 123 gol.
EPL: Marcus Rashford dijangka ikat kontrak baru lima tahun di Manchester United
Pemain berusia 25 tahun itu setakat ini telah menjaringkan 123 gol daripada 359 penampilan bersama skuad senior.
EPL: Manchester United hilang khidmat Rashford
Marcus Rashford akan terlepas beberapa perlawanan bersama Manchester United, demikian disahkan pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
'Itu mengarut' - Rashford bidas dakwaan minta RM2.72 juta seminggu di Manchester United
Marcus Rashford menafikan dakwaan bahawa dia meminta kesepakatan baru melibatkan bayaran 500,000 pound seminggu untuk kekal di Manchester United.