JAWATANKUASA Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan yang melanggar peraturan badan induk bola sepak negara itu.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Jawatankuasa Tatatertib mempunyai justifikasi khusus sebelum menjatuhkan hukuman kepada pasukan tersebut.
"Kita serahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib sebagai badan bebas untuk membuat penilaian. Kita pun tidak boleh nak cakap kerana keputusan Jawatankuasa Tatatertib itu muktamad.
"(Cadangan pemotongan mata dan beraksi stadium kosong) semua atas Jawatankuasa Tatatertib dan mereka ada justifikasi sendiri dan mereka akan membuat penilaian daripada situ," katanya.
Terdahulu, penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyalakan suar selepas berakhirnya perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu lalu.
Tindakan itu dilakukan selepas beberapa hari didenda oleh FAM sebanyak RM120,000 susulan kesalahan sama sekali gus mengundang kemarahan yang menyifatkan penyokong pasukan itu tidak serik dengan hukuman tersebut.
Rata-rata pemerhati bola sepak mahu FAM menjatuhkan hukuman yang lebih berat termasuk bermain di stadium kosong dan pemotongan mata kepada JDT dan bukan hanya denda bagi memberikan pengajaran kepada penyokong kelab tersebut.
Tindakan menyalakan suar adalah melanggar obligasi penganjuran perlawanan dan bertentangan dengan Artikel 70.1 Kod Tatatertib FAM yang melarang penyokong membawa masuk barang larangan ke dalam stadium.
Sebelum ini, penyokong JDT menyalakan suar selepas perlawanan dalam dua aksi Liga Super masing-masing ketika berdepan Sabah FC pada Mac lepas dan Kedah Darul Aman FC (April) serta dalam satu aksi Piala FA berdepan PDRM FC pada April.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan turut menyerahkan segala keputusan kepada FAM.
"Semua ini di bawah bidang kuasa FAM. Mereka pihak yang terbaik untuk menjawab," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 11 2023

Penyokong JDT sekali lagi mencuri tumpuan apabila menyalakan suar selepas berakhirnya perlawanan Liga Super menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim, pada Sabtu lalu. - Gambar/ Sinar Harian

MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan
MAIWP menzahirkan penghargaan kepada pembayar zakat di Wilayah Persekutuan yang membolehkan program kebajikan seperti ini diteruskan.
#AWANIRingkas 14 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Mac 2025
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas
1️⃣ Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
2️⃣ Aliff Syukri diperintah bela diri
3️⃣ Akta lapuk sukarkan tindakan penguat kuasa
#awaniringkas

Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta
Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.

Isu suar penyokong JDT: Serah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM
Jawatankuasa Tatatertib FAM akan menetapkan bentuk hukuman yang akan dikenakan kepada pasukan yang melanggar peraturan badan induk bola sepak negara itu.