Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) tidak akan masuk campur dengan keputusan Kerajaan Negeri Terengganu berkaitan penyertaan negeri itu dalam acara gimnastik, berikutan isu berkaitan pakaian atlet.
Sambil menyatakan itu bukanlah satu isu baharu, Presidennya Rachel Lau berkata persekutuan itu, telah membuat pendirian jelas mengenainya, dengan menyatakan ia adalah isu kerajaan negeri.
"Perkara itu (pakaian atlet gimnastik) telah dibincangkan sejak tahun 2015.
"Bagi kami, dari sudut pandangan MGF, kami melihatnya setiap negeri mempunyai kuasanya tersendiri, kami tidak akan masuk campur tanpa Kementerian Belia dan Sukan untuk menyelesaikan isu ini, selepas Terengganu membuat keputusan mengawal sukan gimnastik dan juga yang bukan seperti sukan terjun," katanya kepada pemberita selepas majlis perjanjian penajaan antara MGF dan Cosway (M) Sdn Bhd di sini pada Ahad.
BACA: Terengganu tarik diri sukan gimnastik, gimrama wanita
Bekas atlet gimnastik berusia 32 tahun itu mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, mengenai keputusan kerajaan negeri itu untuk menarik diri daripada mengambil bahagian dalam acara gimnastik, kerana acara itu menuntut atlet melakukan aksi luar daripada kebiasaan dan mengeksploit seorang wanita.
Pada Selasa, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, Kerajaan negeri Terengganu bersedia untuk menarik diri daripada sukan-sukan yang tidak pakaiannya tidak patuh syariah. Ini termasuklah gimnastik dan gimrama wanita.
BACA: Isu pakaian atlet: Syed Saddiq mungkin 'tersilap baca' - Wan Sukairi
Lau bagaimanapun berkata, persekutuan itu menggalakkan atlet gimnastik dari Terengganu yang berminat untuk terus terlibat dalam sukan itu, datang ke ibu negara bagi meneruskan penyertaan mereka dalam kejohanan yang diadakan.
"Kami amat menggalakkan semua atlet gimnastik di Terengganu untuk datang ke Kuala Lumpur, jika mereka mahu terus dalam gimnastik, jadi dari sudut pandangan itu, ada cadangan untuk menerima atlet gimnastik berkenaan. Mereka boleh mengambil bahagian di KL, Selangor, Perak mahupun Kelantan, yang tiada halangan tersebut.
"Kami sebenarnya mempunyai beberapa atlet lelaki dalam gimrama yang sedang berlatih di Bukit Jalil sekarang ini, sesuatu yang telah berjalan lebih 10 tahun. Bukit Jalil bersedia untuk menerima atlet ini jika mereka mahu datang," katanya.
BACA: Pemakaian patuh syariah buat atlet Terengganu mulai tahun depan
Baru-baru ini Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail merupakan antara mereka yang memberikan komen mengenai tindakan tersebut, kerana memikirkan masa hadapan atlet wanita yang berpotensi untuk membawa kejayaan kepada negara dalam sukan tersebut.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cosway, Dr Alice Lee berkata melalui kerjasama tiga tahun bersama MGF, syarikat jualan langsung itu akan menaja lebih daripada RM1 juta dalam bentuk tunai, uniform dan peralatan sukan kepada atlet gimnastik negara.
"Inilah kali pertama kami bekerjasama dengan sebuah badan sukan, bersempena dengan ulang tahun kami yang ke-40. Ini selaras dengan usaha penjenamaan semula untuk sampai kepada golongan muda dan mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat," katanya.
BACA: Isu pakaian atlet: KBS berdiri di belakang MSN
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 08 2019

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong (berdiri, tengah) menyaksikan Majlis Menandatangani Dokumen Perjanjian di antara Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia pada Ahad. --fotoBERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.

Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.

MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.

MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.

Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.

Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.

Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.

Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.