MUNCUL laporan baharu daripada Bloomberg mengatakan Apple akan melancarkan iPhone 17‌ “Air” dengan rekaan tubuh yang lebih nipis.

Peranti ini akan menyasarkan pengguna yang ingin menggunakan peranti tidak begitu berkuasa tanpa kamera terbaik tetapi mempunyai rekaan nipis yang lebih menarik.

Ia adalah produk yang sama seperti iPad Air dan MacBook Air yang masih menawarkan pengalaman yang baik walaupun tanpa komponen dan spesifikasi yang lebih mercu.

Dengan kata lain ia boleh dilihat sebagai peranti “kelas pertengahan” daripada Apple.

Mengapa ia ditawarkan adalah agak aneh kerana jika melihat jualan iPhone 15 tahun lalu, model Pro lebih laku jualannya dengan tidak ramai memilih membeli iPhone 15 kerana dilengkapi pemproses yang lebih berusia.

Berdasarkan pengalaman peribadi, di Malaysia ramai lebih sanggup membeli model Pro tahun lalu daripada membeli model biasa tahun ini kerana dilihat lebih bernilai tetapi masih mempunyai spesifikasi yang tinggi.

Pada waktu yang sama apakah perbezaannya dengan iPhone SE baharu yang juga dipasarkan sebagai versi mampu milik. Jawapan hanya akan diketahui jika iPhone 17 Air menjadi realiti tahun depan. -Amanz