KUALA LUMPUR:Mana-mana individu terlibat dengan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang didapati melanggar protokol gelembung sukan akan diisolasi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Beliau berkata kesemua pemain dan pegawai terlibat dalam saingan Liga-M yang bakal membuka tirai pada 5 Mac ini, perlu mematuhi protokol gelembung sukan dan prosedur operasi standard (SOP) ketat termasuk "camp-based quarantine" dan "home-based quarantine" yang ditetapkan.
"Maknanya kalau mereka mahu masuk melalui gelembung ini, mereka perlu berada dalam protokol ini, kalau mereka langgar protokol gelembung itu, maka mereka akan diasingkan, seperti dilakukan di EPL (Liga Perdana Inggeris), Bundesliga Jerman dan La Liga. Jika diisolasi, maka mereka perlu melalui kesemua prosedur seperti ujian calitan dan kuarantin selama tiga hari sebelum memasuki gelembung itu kembali.
"Pada waktu ini perbincangan juga dirujuk kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), mereka juga telah diberi pandangan supaya model yang kita buat, bukan hanya model selamat tapi praktikal," katanya ketika ditemui Bernama di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, di sini hari ini.
Beliau menjelaskan bahawa kementerian, Majlis Sukan Negara (MSN), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan kelab masih terus mengadakan perbincangan dalam mencari kaedah yang paling praktikal.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa lepas, mengumumkan kerajaan memberi kebenaran kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) untuk memulakan latihan menerusi konsep gelembung sukan dan SOP ketat bermula Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021
Reezal berkata KBS, MSN, MFL dan kelab masih terus mengadakan perbincangan dalam mencari kaedah yang paling praktikal. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Pengendali Liga-M 2024/25 sila perbaharui lesen jurulatih - PJBM
PENGENDALI kelab Liga Malaysia (Liga-M) 2024/25 diingatkan supaya memperbaharui lesen jurulatih masing-masing segera.
Sepak mula musim baharu Liga-M pada Mei 2024
Musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 akan bermula pada 3 Mei 2024 dan dijadual berakhir April 2025.
Liga-M 2024 bermula April
Liga Malaysia musim depan bakal bermula pada April 2024 hingga April 2025 selari dengan takwim Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Bersuara demi bola sepak negara - TMJ
Forum tersebut dicadangkan TMJ sebagai platform kepada penyokong mendapatkan perkembangan terkini kelab masing-masing.
Tajaan syarikat vape: BRM FC berpeluang beraksi dalam Liga-M jika tukar jersi
Pasukan Liga M3, BRM FC masih berpeluang untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya bertindak mengubah penggunaan jersi memaparkan logo penaja daripada jenama rokok elektronik.
Perubahan penting jadikan saingan Liga-M 2023 lebih menarik, mencabar
Kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 yang menawarkan keseluruhan enam trofi kejuaraan menjanjikan saingan lebih menarik menerusi beberapa perubahan penting dibuat Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Siapa mampu tamatkan dominasi JDT?
Pasukan dari selatan tanah air ini mendominasi Liga Super dengan rekod kejuaraan lapan kali berturut-turut sejak 2014.
Liga-M: Makan dan minum dalam stadium masih tidak dibenarkan - MFL
Penyokong bola sepak tempatan masih tidak dibenarkan makan dan minum di dalam stadium pada musim baharu Liga-M yang akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih pada 26 Feb ini.
Pemain tempatan kurang perlawanan kompetitif - FIFA
FIFA syorkan saingan Liga Malaysia melibatkan Liga Super dan Liga Premier dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain.