Adik kepada pemain kelab Manchester City dan Liverpool Yaya dan Kolo Toure meninggal dunia akibat kanser.

Ibrahim Toure, 28, juga seorang pemain bola sepak beraksi dengan pasukan Lubnan, Al-Safa SC telah dilaporkan sedang bertarung melawan kanser di hospital Manchester meninggal dunia pada hari Khamis.

Yaya dan Kolo Toure diberitahu mengenai berita itu beberapa jam selepas kekalahan 2-1 kepada Colombia di Brasilia.

Persatuan bola sepak Ivory Coast telah membuat penyataan, "Kolo dan Yaya baru sahaja mengetahui kematian adik mereka, Toure Oyala Ibrahim dan seluruh delegasi Ivory Coast mengucapkan takziah buat pemergian ahli keluarga mereka."

"Di dalam situasi begini, pemain dari skuad kebangsaan Ivory Coast dan seluruh delegasi kini berada di Brazil, memberikan sokongan moral kepada Kolo, Yaya dan seluruh keluarga mereka."