KUALA LUMPUR: Jaguh lompat tinggi negara Lee Hup Wei terus memperkukuh peluangnya untuk bertanding di Sukan Olimpik Tokyo selepas memenangi acara itu pada Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan pada Ahad.
Atlet berusia 34 tahun itu meraih pingat emas selepas melakukan lompatan melepasi ketinggian 2.10 meter, jauh di bawah prestasi terbaiknya iaitu 2.29 meter yang dicatat pada 2019.
Keputusan itu menyaksikan sedikit peningkatan berbanding aksi terbaiknya musim ini iaitu 2.05 meter di Grand Prix Olahraga Terbuka Malaysia pada April lepas namun agak malang bagi Hup Wei apabila kakinya terseliuh semasa pertandingan semalam.
Timur Rakhmatullaev dari Uzbekistan pula meraih perak meskipun mencatat keputusan sama iaitu 2.08 meter dengan Alexandr Timoshin dari Kazakhstan berdasarkan kiraan semula lompatan.
Sementara itu, pelari pecut negara Jonathan Nyepa dan Muhammad Ilham Suhaimi masing-masing merangkul perak dan gangsa dalam acara 200 meter lelaki.
Jonathan, yang turut meraih perak menerusi acara 100 meter pada Sabtu, mencatat masa 21.76 saat manakala Muhammad Ilham menamatkan larian dengan catatan masa 21.92.
Atlet Kazakhstan Vitaliy Zems merangkul emas dalam acara itu dengan catatan masa 21.19 saat.
Dalam acara lompat kijang lelaki, Muhammad Hakimi Ismail terlepas podium dengan perbezaan 0.19 sentimeter selepas melakukan lompatan sejauh 15.62 meter.
Atlet Iran Hamid Reza Kia meraih emas dengan lompatan sejauh 16.18 meter manakala Ivan Denisov dan Islam Sibagatullin, kedua-duanya dari Uzbekistan, masing-masing memungut perak dan gangsa dengan lompatan sejauh 16.10 meter dan 15.81 meter.
Pengurus pasukan Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata temasya itu memenuhi matlamatnya untuk memberikan pendedahan yang amat diperlukan oleh para atlet selepas lebih setahun tidak menyertai kejohanan di peringkat antarabangsa susulan pandemik COVID-19.
"Secara keseluruhan, ia adalah pendedahan yang baik untuk atlet namun mereka memerlukan lebih banyak pertandingan di peringkat antarabangsa selain sokongan berterusan daripada semua pihak.
"Hup Wei berjaya memperoleh mata tambahan untuk ranking dunianya (ke arah kelayakan ke Sukan Olimpik).
"Selepas ini, kami perlu merawat kecederaan yang dialami oleh Andre Anura Anuar, Hup Wei dan Hakimi. Hup Wei dijangka pulih dalam tempoh seminggu atau dua minggu, Hakimi mengalami spur tulang manakala Andre mengalami kecederaan hamstring berulang," katanya ketika dihubungi.
Pada Sabtu, Connie Chu Kang Ni menggondol emas dalam acara lempar cakera manakala Rayzam Shah Wan Sofian menduduki tempat ketiga dalam acara 110 meter lari berpagar lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021
Kaki Lee Hup Wei (gambar) terseliuh dalam pertandingan semalam semasa menyertai Kejohanan Olahraga Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan. - Gambar fail
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
84.3 peratus projek pembuatan lulus sejak 2021 telah dilaksana
Sejumlah 84.3 peratus daripada projek pembuatan yang diluluskan sejak tahun 2021 telah dilaksanakan.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan itu turut menyaksikan kira-kira 1,534 banduan melarikan diri, tetapi setakat ini 150 telah berjaya ditangkap semula.
Dua beranak maut, empat cedera dalam nahas dua kenderaan di WCE
Kemalangan di antara kereta jenis Proton Wira dan Perodua Kelisa itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi.
Mesir, Qatar usahakan perjanjian gencatan senjata Gaza
Pengeboman dan serangan darat Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 45,000 rakyat Palestin.
AWANI Ringkas: 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 26 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 Disember 2024
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Bincang peranan Thaksin
2️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
3️⃣ 12 kontena bantuan Mapim berjaya dibawa masuk ke Gaza
#awaniringkas
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Olimpik Paris 2024: 'Sayang abang minta maaf', pembawa bendera Itali tercicir cincin kahwin
PEMBAWA bendera kontinjen Itali, Gianmarco Tamberi, tercicir cincin perkahwinan ketika Upacara Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 di Sungai Seine semalam.
Hup Wei sasar lima tahun Malaysia kembali gah lompat tinggi Sukan SEA
Lee Hup Wei perlu masa lima tahun bagi meletakkan Malaysia kembali sebagai kuasa besar acara lompat tinggi lelaki di pentas Sukan SEA.
Nauraj umum bersara setelah 15 tahun berbakti kepada negara
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa hari ini mengumumkan persaraannya selepas 15 tahun menabur bakti dalam sukan olahraga, pada usia 31 tahun.
Sudah tiba masa Nauraj kembali berlatih di Malaysia
Iyaru secara peribadi berpendapat Nauraj telah membuktikan beliau lebih menyinar sekiranya menjalani program di bawah MSN.
Nauraj Singh - Atlet pertama tersingkir pada pusingan akhir
Nauraj gagal melepasi ketinggian kedua 2.10m dalam ketiga-tiga percubaan di Stadium Alexander yang penuh sesak.
Nauraj Singh gagal lepasi pusingan kelayakan Kejohanan Dunia
Hanya 12 peserta yang melakukan lompatan terbaik atau melebihi 2.3m layak untuk beraksi di pusingan akhir kejohanan itu.
Nauraj layak ke Kejohanan Dunia
Atlet lompat tinggi negara Nauraj Singh Randhawa berpeluang mengharumkan nama negara apabila berjaya meraih tiket ke Kejohanan Olahraga Dunia 2022 di Oregon, Amerika Syarikat dari 15-24 Julai ini.
Sukan SEA Hanoi: Penguasaan Malaysia dalam lompat tinggi berakhir
Penguasaan Malaysia dalam acara lompat tinggi lelaki Sukan SEA sejak 2005, berakhir apabila Nauraj Singh Randhawa sekadar meraih pingat perak di Stadium Nasional My Dinh National Stadium di sini.
Jawatankuasa Pemilihan KOM tolak rayuan Hup Wei ke Hanoi
Setelah menilai dengan teliti, jawatankuasa itu memilih Mohamad Eizlan Dahalan bagi menggalas cabaran Malaysia dalam acara itu.
Rekod baharu kebangsaan dalam dewan Nauraj belum rasmi - Mohd Manshahar
Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.