SELANGOR 2 PAHANG 1
Ketua jurulatih hoki wanita Selangor, Ikmal Abdul Jabar, tidak dapat menahan sebak mengenai kesungguhan anak buahnya untuk mengesahkan kemaraan ke aksi final Kejohanan Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak, semalam.
Ikmal terharu khususnya terhadap ketua pasukan, Raja Norsharina Raja Shabuddin, yang tetap beraksi di Stadium Nasional Hoki, Bukit Jalil biarpun menahan kecederaan yang dialami ketika berdepan Pulau Pinang, Rabu lalu, menjadi pembakar semangat pasukan.
Selepas dikecewakan Melaka pada Jumaat, Selangor bangkit menebus kekecewaan dengan menewaskan Pahang 2-1 di peringkat Kumpulan Super.
"Hari ini permainan kami lebih berdisiplin. Saya harus berterima kasih kepada ketua pasukan saya. Dia patah hidung tapi dia masih nak bermain. Itu satu yang membanggakan saya.
"Kami tiada kesempatan untuk berlatih jadi kami bergantung kepada sesi rakaman.
"Dalam kekalahan kepada Melaka sebelum ini, perancangan kami tidak menjadi.
"Tapi kali ini apa yang perlu dibuat, pmain buat dengan betul. Mereka bermatian-matian kerana kami wajib menang untuk final sedangkan Pahang hanya perlukan seri.
"Ini semangat yang kami mahukan dan inilah Selangor yang sebenar," kata ketua jurulatih Selangor itu.
Menurut Raja Norsharina pula: "Apabila berasa pening sedikit, saya berjalan sedikit dan sebaik keadaan pulih, saya mula berlari tapi saya tidak pernah meninggalkan padang.
"Saya harap esok piala ini akan menjadi milik kami."
Menjelang aksi penentu juara berdepan Melaka hari ini, Selangor enggan mensia-siakan peluang kedua dan bertekad memberikan segalanya demi menjulang piala musim ini.
Dalam masa sama, walaupun kecewa hasrat kembali merebut takhta kejuaraan tidak tercapai, ketua jurulatih Pahang, Mohd Sabri Muhamad, tetap memberi semangat kepada anak buahnya agar tidak berputus asa kerana perjuangan masih berlum berakhir.
"Perjuangan kami belum berakhir. Sekurang-kurangnya kami dapatkan tempat ketiga," katanya pula.
Astro Arena
Sun Oct 16 2022
Selepas dikecewakan Melaka pada Jumaat, Selangor bangkit menebus kekecewaan dengan menewaskan Pahang 2-1 di peringkat Kumpulan Super. - Astro ARENA
KDN pertahan guna SOSMA dalam siasatan kes GISB
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahan penggunaan SOSMA, dalam siasatan melibatkan GISB.
AWANI Ringkas: KDN pertahan penggunaan SOSMA dalam kes GISB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapangan Terbang Changi naikkan caj penumpang dan syarikat penerbangan bagi 2025-2030
Menurut CAG, kenaikan ini juga akan membantu menampung kos operasi yang lebih tinggi, termasuk kos tenaga kerja dan tenaga.
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta, polis tahan dua pengawal keselamatan
Polis berkata kedua-dua mereka dipercayai menaiki van keselamatan yang membawa beg berisi wang tunai berjumlah RM1,071,000 ketika hari kejadian.
Anggaran peruntukan penubuhan Majlis Media Malaysia diperinci masa terdekat - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memperincikan anggaran peruntukan bagi penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC) menerusi satu memorandum Jemaah Menteri dalam masa terdekat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Veteran ATM bersara sebelum Januari 2013 terima pelarasan pencen 15 peratus
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen sebelum Januari 2013 akan turut menerima kenaikan pelarasan pencen sebanyak 15 peratus selepas Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dilaksanaka
AWANI Tonight: 7th Nov 2024
#AWANITonight 7 Nov 2024 with Farhana Sheikh
- Proposed House Arrest Bill only for remand detainees awaiting trial
- Australia to ban social media use for under 16
#AWANIEnglish #AWANINews
- Proposed House Arrest Bill only for remand detainees awaiting trial
- Australia to ban social media use for under 16
#AWANIEnglish #AWANINews
Bandar di dunia boleh kerugian USD1 trilion
Menjelang tahun 2050, bandar seluruh dunia boleh kerugian hampir USD1 trillion sekiranya tiada penyelesaian segera dilakukan bagi menyesuaikan perancangan dengan perubahan iklim.
BRICS: Kementerian Luar sentiasa pelihara kepentingan negara
Kementerian Luar akan memastikan kepentingan negara sentiasa terjaga dan terpelihara dalam semua organisasi antarabangsa disertainya termasuk BRICS.
[TERKINI] Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
Serangan berkenaan menyasarkan sebuah kereta sewaktu ia mendekati pos pemeriksaan.
Hoki Wanita Piala Tun Abdul Razak: Raja Norsharina tanggung sakit bawa Selangor ke final
Selepas dikecewakan Melaka pada Jumaat, Selangor bangkit menebus kekecewaan dengan menewaskan Pahang 2-1 di peringkat Kumpulan Super.